NEW
Font size
WorksheetsAYAT TANYA- BAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
Mengapakah Misya hendak belajar di luar negara pada tahun hadapan?
Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?
Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.
Di manakah kompang selalu dipalu?
Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?
Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu kelihatan compang-camping dan lusuh.
Siapakah yang memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh?
Mengapakah pakaian mangsa-mangsa pelarian itu compang-camping dan lusuh?
Bagaimanakah pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu?
Di manakah pakaian compang-camping mangsa-mangsa pelarian perang itu?
Kehijauan hutan hujan tropika merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.
Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?
Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?
Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?
Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?
Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Saya tinggal di Kampung Medan.
Di manakah kamu tinggal?
Siapakah yang tinggal di Kampung Medan?
Apakah keunikan Kampung Medan?
Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?
Ya, saya pernah tinggal di Melaka.
Di manakah kamu tinggal?
Siapakah yang menemani kamu ke Melaka?
Pernahkah kamu tinggal di Melaka?
Adakah negeri Melaka negeri yang indah?
Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika ingin cepat pandai.
Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar?
Bagaimanakah sifat pelajar yang baik?
Adakah setiap pelajar perlu tekun dan rajin?
Apakah sifat yang perlu ada pada setiap pelajar jika ingin cepat pandai?
Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?
Budak-budak itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.
Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
Di manakah budak-budak itu berada?
Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
Bilakah sambutan Hari Kebangsaan?
Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
Mengapakah banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari Kebangsaan?
Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.
Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?
Bilakah hari jadi Azmi?
Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?
Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?
Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Bagaimanakah perompak itu dijatuhkan hukuman?
Siapakah yang menjatuhkan hukuman terhadap perompak itu?
Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap perompak itu?
Mengapakah terhadap perompak itu dijatuhkan hukuman penjara?
Dikir barat, boria, dan ghazal adalah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita.
Dari manakah kesenian tradisional yang terkenal di negara kita berasal?
Di negeri manakah kesenian dikir barat, boria, dan ghazal terkenal di negara kita?
Apakah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita?
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian tradisional di negara kita?
Gajah semakin diancam kepupusan akibat aktiviti pembukaan hutan, pertanian, pembalakan, dan pembukaan jalan raya.
Di kawasan manakah kita dapat melihat gajah yang diancam kepupusan?
Apakah faktor yang menyebabkan gajah semakin diancam kepupusan?
Adakah gajah di negara kita semakin diancam kepupusan?
Bilakah gajah mula diancam kepupusan?
Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit gusi?
Mengapakah penyakit gusi perlu dielakkan?
Adakah terdapat cara penjagaan gigi yang betul untuk mengelakkan penyakit gusi?
Apakah penjagaan gigi yang betul?
Punca keruntuhan moral ialah kurangnya didikan agama dan kasih sayang.
Apakah punca keruntuhan moral?
Siapakah yang kurang mendapat kasih sayang?
Apakah kesannya jika seseorang itu kurang didikan agama?
Mengapakah didikan agama dan kasih sayang penting?
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.
Kepada siapakah Guru Besar menyampaikan hadiah?
Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?
Apakah hadiah yang diberikan oleh Guru Besar kepada para pemenang?
Berapa orang pemenangkah yang menerima hadiah daripada Guru Besar?
Kempen Menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka.
Apakah tujuan Kempen Menabung itu dilancarkan?
Pihak manakah yang melancarkan Kempen Menabung itu?
Mengapakah bank terkemuka itu melancarkan Kempen Menabung?
Di manakah kempen menabung itu dilancarkan?
Hukuman yang berat akan dikenakan oleh kerajaan terhadap pihak yang terlibat mencemarkan udara.
Di manakah berlakunya pencemaran udara?
Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?
Apakah yang menyebabkan pencemaran udara?
Mengapakah pencemaran udara perlu dikawal?
