Font size
Worksheets3.2 Sains T5 Kesan Pencemaran Terhadap Alam Sekitar
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
Pilih aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Pembakaran bahan api fosil.
Penggunaan baja organik.
Pembuangan asap dan haba daripada kilang.
Pembuangan sampah sarap dalam tong kitar semula
Pembakaran bahan api fosil menghasilkan pelbagai jenis bahan pencemar udara seperti
I karbon dioksida
II karbon monoksida
III sulfur dioksida
IV nitrogen dioksida
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV
Isi tempat kosong.
Kilang yang memproses hasil pertanian membuang bahan sisa seperti dedak padi, ........................ dan hampas buah kelapa sawit.
baja kimia
serbuk kayu
sisa radioaktif
logam berat
Dalam bidang pertanian, baja kimia, racun serangga dan racun kulat digunakan tanpa kawalan bagi tujuan mempertingkatkan hasil pertanian. Akibatnya, tanah dan air akan tercemar kerana racun serangga dan baja kimia yang disembur secara berlebihan ini akan dialirkan oleh air hujan ke dalam sungai atau meresap ke dalam tanah.
Apakah kesan penggunaan baja kimia berlebihan terhadap alam sekitar?
Meningkatkan pertumbuhan kerana menjadi sumber nutrisi hidupan akuatik.
Pertumbuhan alga yang pesat menjadi makanan kepada hidupan akuatik.
Kandungan oksigen terlarut dalam air berkurang akibat pertumbuhan alga yang pesat menyebabkan hidupan akuatik mati.
Penurunan nilai pH air mengakibatkan organisma akuatik mati.
Peningkatan populasi manusia yang pesat membawa kepada masalah pembuangan sampah sarap yang serius, terutamanya di kawasan bandar. Sampah sarap yang dibuang merangkumi bahan terbiodegradasi seperti sisa makanan serta bahan tidak terbiodegradasi seperti bahan plastik, logam dan kaca.
Apakah yang dimaksudkan oleh 'terbiodegradasi'?
hidupan yang merupakan organisma ringkas seperti mikroorganisma
proses mengubah sebatian kompleks kepada bahan yang lebih ringkas oleh mikroorganisma
dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria
tidak dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria
Manakah antara berikut merupakan sisa buangan domestik?
bahan toksik
air kumbahan
sampah sarap
oksida-oksida nitrogen
Pilih pernyataan yang BENAR.
Klorofluorokarbon adalah bahan kimia yang digunakan di dalam aerosol, penyaman udara, peti sejuk dan pembuatan sesetengah plastik.
Klorofluorokarbon menguraikan ozon di lapisan stratosfera lalu menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera menguraikan ozon di lapisan stratosfera lalu menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Karbon dioksida adalah bahan yang dibebaskan oleh aerosol, penyaman udara, peti sejuk dan pembuatan sesetengah plastik.
Antara berikut, manakah merupakan kesan pencemaran alam sekitar terhadap kesihatan manusia?
Pendedahan kepada sisa bahan radioaktif melemahkan sistem keimunan, menyebabkan mutasi dan mengakibatkan penyakit kanser.
Hujan asid menyebabkan kemusnahan hutan. Akibatnya tumbuhan dan haiwan kehilangan habitat.
Penurunan nilai pH air mengakibatkan organisma akuatik mati.
Pembuangan sampah di merata-rata tempat menjejaskan keindahan alam.
Apakah kesan kemusnahan habitat?
mengganggu siratan makanan
kepupusan spesies
keseimbangan alam terjejas
dapat membuka kawasan baru
Pemanasan global adalah
kesan rumah hijau.
penipisan lapisan ozon.
keadaan suhu purata bumi yang semakin menurun.
keadaan suhu purata bumi yang semakin meningkat.
Rajah menunjukkan fenomena berkaitan
pemanasan global
kesan rumah hijau
penipisan lapisan ozon
hujan asid
Isi tempat kosong.
Terdapat gas-gas tertentu di atmosfera yang menyerap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau. Gas-gas ini dikenali sebagai gas rumah hijau, antaranya adalah gas ................................, klorofluorokarbon, metana dan nitrus oksida.
hidrogen
karbon dioksida
karbon monoksida
sulfur dioksida
Apabila bumi dipanaskan oleh sinar matahari, sebahagian haba tersebut sepatutnya dipantulkan semula ke angkasa lepas. Namun, disebabkan bumi diselaputi oleh satu lapisan atmosfera, sebahagian haba yang dipantulkan ini terperangkap di atmosfera. Hal ini menyebabkan peningkatan suhu atmosfera. Keadaan ini digelar sebagai kesan rumah hijau.
Adakah pernyataan ini BENAR atau SALAH?
BENAR
SALAH
Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh...
penggunaan baja kimia berlebihan.
klorofluorokarbon (CFC) yang dibebaskan oleh bahan pendingin dalam peti sejuk.
pembakaran bahan api fosil.
penggunaan klorin dalam sistem rawatan air.
Rajah menunjukkan penghasilan dan pemusnahan ozon.
Apakah bahan yang menyebabkan pemusnahan ozon?
karbon dioksida
karbon monoksida
sulfur dioksida
klorofluorokarbon (CFC)
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan pendedahan terhadap sinar ultraungu yang berlebihan?
Kanser kulit
Katarak mata
Diabetes mellitus
Penyakit kardiovaskular
Nyatakan jenis atom yang membina molekul ozon.
hidrogen
helium
oksigen
karbon
Punca pencemaran bunyi adalah
dentuman guruh
kicauan burung
enjin kenderaan
tapak pembinaan
Pencemaran haba berpunca daripada
memasak menggunakan dapur gas
pembakaran kayu api
kilang air batu yang menggunakan gas ammonia sebagai agen penyejuk
stesen janakuasa dan kilang yang menggunakan air sebagai agen penyejuk
Lapisan di atmosfera bumi yang dapat menyerap 95% hingga 99% daripada sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari adalah
lapisan ozon
lapisan karbon dioksida
lapisan atmosfera
lapisan stratosfera
- Kehilangan sumber hutan seperti kayu balak, kayu api, rotan dan pelbagai jenis ubat asli. di
- Kehilangan sumber protein disebabkan kekurangan atau kepupusan spesies hidupan akuatik.
- Tanah yang tercemar oleh pestisid atau bahan buangan radioaktif dan bahan toksik tidak sesuai untuk pertanian. Hal ini mengurangkan kawasan pertanian dan hasil pertanian.
Maklumat di atas merupakan kesan pencemaran alam sekitar yang melibatkan
kesihatan manusia terjejas
kemusnahan habitat dan alam semula jadi
kepupusan spesies
kehilangan sumber ekonomi
