wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TING 1 SOLAT MERCU KEJAYAAN (IBADAT)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Solat dari segi bahasa ialah

a)

doa

b)

bersih

c)

tunduk

d)

menyerah diri

2.

Bilakah solat mula difardhukan

a)

Pada malam peristiwa hijrah

b)

Pada malam Lailatulqadar

c)

Pada malam Israk Mikraj

d)

Pada hari tasyrik

3.

Berikut adalah syarat yang mewajibkan solat kecuali

a)

Islam

b)

baligh

c)

berakal

d)

mumayyiz

4.

Pilih pernyataan yang bukan merupakan syarat sah solat

a)

Menutup aurat

b)

Menghadap kiblat

c)

Tidak yakin masuk waktu

d)

Suci dari hadas besar dan hadas kecil

5.

Berikut adalah perkara yang membatalkan solat kecuali

a)

membuka aurat dengan sengaja

b)

bergerak untuk merapatkan saf

c)

bercakap dengan sengaja

d)

makan dan minum

6.

Rukun qauli merujuk kepada

a)

wajib berniat dalam hati

b)

perbuatan yang wajib dilakukan

c)

doa selepas menunaikan solat

d)

wajib dilafaz dengan suara sekadar di telinga sendiri

7.

Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan solat tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

a)

Sunat Ab’ad

b)

Sunat Haiat

c)

Sunat Mutlak

d)

Sunat Muakkad

8.

Berikut adalah sunat ab’ad dalam solat kecuali

a)

membaca tahiyat awal

b)

membaca doa qunut dalam solat subuh

c)

membaca isti’azah sebelum membaca al Fatihah

d)

berselawat kepada keluarga Nabi SAW selepas tahiyat akhir

9.

Antara penghalang khusyuk dalam solat ialah

a)

makan dan minum dari sumber yang halal

b)

solat dalam keadaan tenang

c)

memahami ayat yang dibaca

d)

solat ketika lapar dan mengantuk

10.

Pilih pernyataan yang merujuk kepada peranan akal ketika solat

a)

memelihara daripada gerakan yang menghilangkan tumpuan

b)

yakin Allah mengetahui perbuatan kita

c)

menghayati maksud bacaan dalam solat

d)

melahirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah