WorksheetsSimpulan Bahasa 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berita yang dibawa oleh Hasan itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
khabar angin
mulut murai
alas cakap
buah mulut
Tulisan Abu yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
cangkul angin
embun jantan
cakar ayam
getah bawang
Ah Huat sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
kepala angin
kepala batu
keras hati
putih mata
Mary membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.
buah mulut
buah hati
buah tangan
buah fikiran
Rumah Pak Hasan hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang-barangnya hangus dijilat api.
sehelai sepinggang
sebatang kara
anak yatim
seribu langkah
Kok Leong digelar ___________ kerana gemar membaca jika ada kelapangan masa.
lidah bercabang
hati tikus
kaki botol
ulat buku
Adik terjaga daripada tidur apabila ayah cuba memetik suis kipas. Adik saya memang ___________.
telinga kuali
pekak badak
telinga lintah
panas telinga
