NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA UPSR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Anis _____ untuk membeli kasut yang mahal itu.
bulat hati
ada hati
bintang terang
ada bakat
Ahmad makan sepinggan nasi goreng untuk _____.
buah tangan
alas kaki
alas perut
buta hati
Sebelum balik ke rumah, kami _____ di Sungai Gabai.
ambil angin
bekas tangan
angkat kaki
besar hati
Encik Ali _____ akan pelajaran anaknya.
ambil berat
ambil nyawa
ambl hati
ambil lewa
Razlan menjadi _____ dalam pasukan bola keranjang di sekolahnya.
batu api
Abu Jahal
ayam tambatan
ayam jagaan
Nisyah senang mendapat kawan kerana dia seorang yang _____.
banyak mulut
cari akal
mulut tempayan
cahaya mata
Azman menjadi _____ antara Amin dan Saleh sehingga hubungan persahabatan mereka renggang.
buta hati
cicak kubin
batu api
batu loncatan
Encik Ismail berasa ________ apabila anaknya berjaya dinaikkan pangkat.
cacing kepanasan
besar hati
buah tangan
cerai kasih
Sikap _____ Azin menyebabkan dia selalu dimarahi oleh ayahnya.
ringan tulang
anak emas
berat tulang
ulat buku
Azlan _____ kerana dia tidak tahu bermain bolak sepak.
kaki botol
kaki ayam
kaki bangku
langkah seribu
Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai kucing kehilangan anak
bagai kumbang putus tali
Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai panas mengandung hujan
bagai pelita kehabisan minyak
bagai sirih pulang ke gagang
bagai pahat dengan penukul
Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai si kudung mendapat cincin
bagai panas mengandung hujan
bagai menumbuk padi hampa
bagai murai tercabut ekor
Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti kaca terhempas ke batu
seperti harimau menyembunyikan kukunya
seperti bunyi gong pecah
seperti gergaji dua mata
Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang ________________
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai melepaskan anjing tersepit
bagai menghitung bulu kambing
bagai keli kena ketuk
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
lembu punya susu, sapi dapat nama
rambut sama hitam, hati lain-lain
ringan tulang berat perut
Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
lembu punya susu sapi dapat nama
pahit dahulu manis kemudian
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
Walaupun tidak menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah ________________
hendak seribu daya tak hendak seibu dalih
duduk sama rendah berdiri sama tinggi
biar putih tulang jangan putih mata
jauh berjalan luas pemandangan
