WorksheetsULANGKAJI SISTEM BAHASA
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya
saya
mereka
kita
kami
Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
Kita
Dia
Kami
Mereka
"Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
kami
dia
mereka
kamu
Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
dia
kamu
kami
beliau
Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
mereka
awak
saya
kami
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
saya
kamu
awak
kami
"Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
hamba
patik
beta
baginda
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
dia
beliau
kalian
awak
"Nah, ambil wang _______!" kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
sini
ini
itu
situ
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
sana
mana
itu
sini
"Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.
begitu
itu
begini
ini
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
baik
rajin
sopan
taat
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
penat
mabuk
takut
bimbang
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
memukul
menghukum
memarahi
menyaman
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.
lengkap
cukup
sesuai
cantik
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Setokin
Kasut
Seluar
Capal
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.
Sudah saya duga Abu akan datang awal ke sekolah.
tahu
jangka
yakin
sedar
Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda.
berpuluh
berbulan-bulan
berpuluh-puluh
berminggu-minggu
_____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa.
Suku
Separuh
Setengah
Sesetengah
Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu.
kedua
dua-dua
kedua-dua
kedua-kedua
Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi.
daripada
sejak
dalam
dari
Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya.
akan
kepada
dengan
tentang
Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa.
dicatu
dikawal
dihadkan
dibahagikan
Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris.
mengukir
menempa
menempah
membentuk
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta.
memikir
mencuba
menduga
merancang
Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
hisap darah
makan duit
paku belanda
tangkai jering
Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
mulut tempayan
kutu embun
kaki ayam
pekak badak
Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.
naik minyak
patah arang
untung batu
ubat hati
Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
mencuit hati
mencuci mata
mengambil berat
mengadu domba
_____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
Hidung tinggi
Iri hati
Hancur hati
Besar hati
Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
jatuh hati
jauh hati
jalan buntu
berat sebelah
Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh dengan angan-angan.
Abu Nawas
Abu Jahal
raja sehari
Mat Jenin
Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
kaki wayang
kaki bangku
kaki ayam
kaki botol
Wajah Seri merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
seperti ikan mendukung biawak hidup
seperti kera mendapat bunga
seperti udang kena bakar
seperti telinga lintah
Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
turun-temurun
susur-galur
pindah-randah
selang-seli
Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.
rumput-rumpai
batu-batan
sayur-mayur
tali-temali
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapan pada ruang yang disediakan
Ariyan perlu membuat keputusan samada
mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
(a)
Perkataan yang bergaris di bawah merupakan kesalahan ejaan. Tulis jawapan yang betulpada ruang yang disediakan
Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi.
(a)
Perkataan yang bergaris di bawah merupakan kesalahan ejaan. Tulis jawapan yang betulpada ruang yang disediakan
Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid
(a)
Perkataan yang bergaris di bawah merupakan kesalahan ejaan. Tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan
Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan bola sepak negeri untuk musim itu.
(a)
