wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah T4B3a

Total questions: 22

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat dan [ms 50]


I. Perkembangan intelektual

II. Perkembangan imperialisme

III. Perkembangan nasionalisme

IV. Perkembangan sistem pengangkutan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

2.

Penentangan di tanah air yang dikaitkan dengan kebangkitkan Islam pada peringkat antarabangsa ialah [ms 52]

a)

A Kebangkitan Tok Janggut

b)

B Kebangkitan Dol Said Naning

c)

C Kebangkitan Sharif Masahor Janggut

d)

D Kebangkitan Hj Abdul Rahman Limbong

3.

Kegagalan penentangan bersenjata menentang pihak British menyebabkan masyarakat meniupkan kesedaran kebangsaan melalui [ms 53]

a)

A Kesatuan

b)

B Sekolah

c)

C Raja-raja

d)

D Bahan bertulis

4.

Antara yang berikut manakah kesan daripada peristiwa pembunuhan Putra Mahkota Austria-Hungary ? [ms 54]

a)

A Perang Dingin

b)

B Perang Saudara

c)

C Perang Dunia Pertama

d)

D Pembentukan Pakatan Bertiga

5.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ? [ms 56]

a)

A Sistem monarki dipulihkan

b)

B Amalan realpolitik diharamkan

c)

C Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

D Sempadan negara ditentukan bersasaskan bangsa

6.

Berikut adalah antara syarat Perjanjian Versailles.


“ Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga. “


Mengapakah Jerman dihukum demikian rupa ?

a)

A Mengaut hasil negara lain

b)

B Dituduh memulakan peperangan

c)

C Melakukan penghapusan etnik

d)

D Menyebarkan fahaman komunis

7.

Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah ? [ms 57]


Tahun 1914-1918 : Perang Dunia Pertama

a)

A Keperluan bahan mentah meningkat

b)

B Kerjasama etnik diperkukuhkan

c)

C Pakatan tentera dibentuk

d)

D Pemerintahan beraja tamat

8.

Tokoh berikut dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

Apakah bukti tuduhan tersebut ? [ms 58]

a)

A Memperbesarkan angkatan tentera

b)

B Menakluki wilayah Itali

c)

C Menyertai Kuasa Bersekutu

d)

D Mengamalkan pemerintahan diktator

9.

Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa pada tahun 1919 ? [ms 59]

a)

A Memupuk keamanan dunia

b)

B Mengeratkan hubungan perdagangan

c)

C Menggalakkan kerjasama pendidikan

d)

D Meningkatkan kerjasama kebudayaan

10.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. [ms 60]

a)

A Menguji kekuatan senjata

b)

B Mempertahankan keselamatan

c)

C Merampas kembali wilayah

d)

D Menyekat pengaruh komunis

11.

Pembaharuan Meiji membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri yang setaraf dengan kuasa Barat. Peluasan kuasa Jepun berkait dengan [ms 64]


I. Memenuhi desakan penduduk

II. Slogan Asia Untuk Asia

III. Keperluan perindustrian

IV. Pengaruh golongan tentera

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

12.

Dasar peluasan kuasa Jepun telah mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu. Amerika Syarikat, British dan Belanda. Apakah tindakan yng diambil ke atas Jepun ? [ms 65]

a)

A Menggugurkan bom

b)

B Menyerang Jepun

c)

C Mengenakan sekatan ekonomi

d)

D Memutuskan hubungan diplomatik

13.

Pada tahun 1940, Jepun telah menandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara. Dua negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut ialah


I. Jerman

II. Itali

III. Rusia

IV. Turki

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

14.

Peta berikut menunjukkan kawasan yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.

Apakah faktor kejayaan tersebut ? [ms 69]

a)

A Strategi berkesan

b)

B Bilangan tentera ramai

c)

C Bantuan golongan imigran

d)

D Sokongan pendudukan tempatan

15.

Apakah implikasi peristiwa berikut kepada Tanah Melayu ? [ms 69]


15 Feb 1942 : Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh tentera Jepun

a)

A Institusi raja semakin kukuh

b)

B Jatuh ke tangan tentera Jepun

c)

C Pemerintahan sendiri oleh rakyat

d)

D Bebas daripada penjajahan British

16.

Repulse merupakan kapal perang British. Apakah misi kapal perang tersebut ? [ms 69]

a)

A Menyekat kemaraan Jepun

b)

B Menangani ancaman Komunis

c)

C Membanteras kegiatan lanun

d)

D Membantu tentera laut China

17.

1. Berikut adalah amalan pasukan polis Jepun yang kejam dan ganas untuk menjaga kepentingan pentadbiran Jepun.


" Seksa dahulu kemudian siasat "


Pasukan polis tersebut dikenali sebagai

a)

A Kempeitei

b)

B Sarjan

c)

C Major

d)

D Kapten

18.

Apakah tujuan Pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Institu Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Kota Kunrenjo ? [ms 71]

a)

A Menyediakan pemimpin tempatan yang berkaliber setelah Jepun berundur

b)

B Memberikan kemahiran ketenteraan kepada penduduk tempatan

c)

C Mengatasi masalah kekurangan pegawai dalam pentadbiran

d)

D Memperkenalkan sistem pendidikan di Jepun

19.

Maklumat berikut berkaitan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.


  • Menyanyikan lagu kebangsaan Kimigayo
  • Sistem persekolahan Jepun


Apakah yang dapat dikaitkan dengan dasar tersebut ? [ms 72]

a)

A Menghapuskan pengaruh Barat

b)

B Menanam semangat Nasionalisme

c)

C Mendapatkan sokongan orang Melayu

d)

D Menghapuskan pengaruh Cina

20.

Apakah kehebatan Laftenan Adnan sehingga menjulang nama Rejiman Askar Melayu ? [ms 74]

a)

A Mengalahkan tentera Jepun di Singapura

b)

B Menjadi pegawai Melayu pertama bergelar leftenan

c)

C Berjuang bermati-matian menentang Jepun

d)

D Memimpin pasukan askar Melayu di Kota Bahru

21.

Rajah berikut berkaitan dengan sebuah pertubuhan anti Jepun di Tanah Melayu


X

  • Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
  • Dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam


X ialah [ms 76]

a)

A Force 136

b)

B Askar Melayu Setia

c)

C Pasukan Wataniah Pahang

d)

D Pasukan Bintang Tiga

22.

Tindakan berikut dilakukan Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga


"Menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbir kerajaan"


Mengapakah Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga bertindak demikian ?

a)

A Keganasan tentera Jepun

b)

B Kelewatan kemasukan British

c)

C Kekurangan sumber kewangan

d)

D Kelemahan pertahanan British