wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan kata ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan bilangan banyak.

a)

Abang suka makan kuih agar-agar.

b)

Di tepi rumah saya terdapat pokok paku-pakis.

c)

Buah-buahan di dusun datuk telah masak.

d)

Kuda-kuda yang terdapat di rumah itu masih kukuh.

2.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan bilangan banyak.

a)

Meja-meja yang terdapat di stor itu telah rosak.

b)

Rama-rama yang terbang di sekitar taman itu sangat cantik.

c)

Anai-anai telah merosakkan perabut di rumah.

d)

Bebola ayam merupakan makanan kegemaran adik saya.

3.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan bilangan banyak.

a)

Kedai itu telah kehabisan beras-petas kerana permintaan yang sangat tinggi.

b)

Gigi adik rosak kerana suka makan gula-gula.

c)

Epok-epok yang dimasak oleh nenek sangat sedap.

d)

Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

4.

Sejak kematian bapa, kehidupan mereka adik-beradik ___________.

a)

terumbang-ambing

b)

selerak-tabak

c)

compang-camping

d)

bercerai-berai

5.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan perbuatan berulang-ulang.

a)

Ahli Rumah Merah terlonjak-lonjak gembira apabila diumumkan sebagai pemenang bagi acara tarik tali.

b)

Kami terpaksa melalui jalan bergunung-ganang untuk sampai di Tanah rata, Cameron Highlands.

c)

Bukit-bukat di kampung saya telah ditanam dengan pokok getah.

d)

Ayah dan Pak Cik Daus bersalam-salaman sebelum meninggalkan majlis itu.

6.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan perbuatan berulang-ulang.

a)

Bibirnya bengkak-bengkil kerana terjatuh semasa bermain bola.

b)

Arnab putih itu menguit-nguitkan ekornya.

c)

Kamilah menyusun buku-buku itu di atas rak mengikut kategorinya.

d)

Adik Hamidi nakal-nakal belaka.

7.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang menunjukkan perbuatan berulang-ulang.

a)

Baju yang dibeli oleh kakak cantik-cantik belaka.

b)

Sikap hormat-menghormati perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

c)

Orang ramai terpaksa mencarinya di merata-rata tempat.

d)

Dia melambai-lambai kepada datuknya ketika bas itu mula bertolak.

8.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud saling.

a)

Penduduk Taman Seri Lenggong bergotong-royong membersihkan sungai itu.

b)

Pokok yang berderet-deret di situ telah ditebang.

c)

“Marilah berkenal-kenalan dengan kawan saya,” kata Reena kepada June.

d)

Anak-anak kapal diarahkan melabuhkan sauh.

9.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud saling.

a)

Rumput-rumpai di sawah itu perlu dibuang supaya anak padi hidup subur.

b)

Tawanya yang berdengkang-dengkang itu mengejutkan anaknya.

c)

Kakinya menjadi semut-semut kerana bersila terlalu lama.

d)

Pelumba itu potong-memotong untuk mendahului ke garisan penamat.

10.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud tunggal.

a)

Pokok duit-duit tumbuh melata-lata pada dahan pokok rambutan.

b)

Tasani membawa pulang poskad-poskad yang dibeli dari Sabah.

c)

Bunyi tembakan meriam berbalas-balas sejak subuh tadi.

d)

Dahan pokok yang terjuntai-juntai itu perlu dibuang.

11.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud tunggal.

a)

Pada waktu petang unggas-unggas terbang pulang ke sarang.

b)

Pembeli itu tawar-menawar harga dengan penjual kain itu.

c)

Di dalam air itu penuh dengan jentik-jentik.

d)

Ibu menasihati hayati supaya berhati-hati apabila melihat orang yang mencurigai.

12.

Orang tidak menyangka umurnya telah menjangkau akhir 20-an kerana perangainya yang ______________.

a)

kebaik-baikan

b)

kelawak-lawakan

c)

keanak-anakan

d)

ketua-tuaan

13.

Dia bermain __________ untuk menewaskan lawannya dalam pusingan akhir pertandingan badminton itu.

a)

berpada-pada

b)

bersimpang-perenang

c)

berhentak-hentakan

d)

bermatian-matian

14.

_________ tingkap itu dipasang oleh ayah semalam.

a)

Tetupai

b)

Lelayang

c)

Pepalang

d)

Kekisi

15.

_________ ialah haiwan yang hidup dalam cengkerang siput di tepi pantai.

a)

Orang-orang

b)

Umang-umang

c)

Agas-agas

d)

Angkut-angkut

16.

Pilih ayat yang menggunakan kata ganda yang betul.

I. Kuda-kuda kepunyaan Encik Robert dijangkiti penyakit.

II. Pak Tam Mail memaku kuda-kuda di rumah itu.

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

17.

Pilih ayat yang menggunakan kata ganda yang betul.

I. Semut-semut api sangat bahaya.

II. Jejari ibu menjadi semut-semut .

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

18.

Pak Din berhajat mengadakan majlis perkahwinan anak tunggalnya secara ____________.

a)

tinggi-tinggian

b)

kejut-kejutan

c)

besar-besaran

d)

bazir-baziran

19.

Kakak ______________ untuk memilih sama ada kasut berwarna hitam atau merah.

a)

terkekeh-kekeh

b)

teragak-agak

c)

terkinja-kinja

d)

tersengeh-sengeh

20.

Sikap __________ adalah perbuatan yang tidak baik.

a)

meminta-minta

b)

meleret-leret

c)

mahu-mahu