wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN PERIBAHASA

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu

menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

2.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

3.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika

mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

4.

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,

namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

sambil menyelam minum air

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

tepuk dada tanya selera

5.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong

bagai ____________________________________ .

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

6.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya

kerana dia yakin _________________________________ .

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

7.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti

semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

8.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya

_________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

9.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana

kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur di hujung tanduk

10.

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana

banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

murai tercabut ekor

11.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________________ bagi

menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.

a)

campur tangan

b)

gila bayang

c)

ambil ringan

d)

bulat hati

12.

Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________

para penonton.

a)

mengambil berat

b)

mengambil tahu

c)

menarik hati

d)

mencuit hati

13.

Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa

berada di dalam bilik darjah.

a)

pilih kasih

b)

patah hati

c)

panas hati

d)

perang mulut

14.

Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling

Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.

a)

lipas kudung

b)

ayam tambatan

c)

orang tengah

d)

bekas tangan

15.

Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya

___________________________ .

a)

pasang telinga

b)

telinga kuali

c)

pekak badak

d)

telinga lintah

16.

Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk

menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.

a)

mencari jalan

b)

membuka jalan

c)

mencari untung

d)

membuka langkah

17.

Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari

rezeki menyara keluarga mereka.

a)

curi tulang

b)

tulang belakang

c)

membanting tulang

d)

ringan tulang

18.

Penduduk Kampung Panchor _________________ sejak pukul lapan pagi untuk

membaiki jambatan yang rosak.

a)

ringan tangan

b)

ringan tulang

c)

mandi kerbau

d)

mandi keringat

19.

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana

dirinya yang _______________________ .

a)

bidan terjun

b)

bongkok udang

c)

pening lalat

d)

puteri lilin

20.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di

______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

d)

bawah angin

21.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu

bapanya menjaganya ______________________________

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai kucing kehilangan mak

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai aur dengan tebing

22.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu

_____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

seperti membuka pekung di dada

d)

seperti musuh dalam selimut

23.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana

setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir

24.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah

___________________________________ .

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

25.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak

mereka jauh berbeza ____________________________ .

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti langit dengan bumi

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti mentimun dengan durian

26.

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya

menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.

a)

katak disimbah air

b)

gagak pulang ke benua

c)

melukut di tepi gantang

d)

harimau menyembungikan kukunya

27.

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika

disatukan laksana ___________________________ .

a)

lembu kasi

b)

batik lasam

c)

kunyit dengan kapur

d)

garam dengan asam

28.

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan

Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.

a)

melepas anjing tersepit

b)

bulan penuh purnama

c)

haruan makan anak

d)

itik pulang petang

29.

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba

dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kundang mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

30.

Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal

bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.

a)

umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung

b)

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

c)

umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga

d)

umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang