wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 5 BM PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ______ hujan

turun dengan lebatnya.

a)

malahan

b)

justeru

c)

namun

d)

kendatipun

2.

Amirul ______ di bawah dawai berduri untuk

melarikan diri daripada penjenayah-penjenayah itu.

a)

merangkak

b)

menyusup

c)

menyusur

d)

meniarap

3.

Cerpen karya penulis itu ______ sahaja tetapi plot

yang digarapnya menarik sekali.

a)

ringkas

b)

singkat

c)

senang

d)

mudah

4.

Kejayaan cemerlang Krishna dalam peperiksaan PT3

ialah hasil ______ usahanya yang bersungguhsungguh.

a)

dari

b)

bagi

c)

untuk

d)

daripada

5.

Hujan yang ______ telah mengaburi pandanganku

ketika memandu kereta.

a)

menitis

b)

menitik

c)

merintik

d)

mencurah

6.

Pengetua sekolah amat berbangga dengan ______

pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum dan

kokurikulum.

a)

peningkatan

b)

pemantapan

c)

pencapaian

d)

perubahan

7.

Pendatang tanpa izin itu lari ______ untuk

melepaskan diri daripada pihak berkuasa.

a)

berkejaran

b)

berserakan

c)

berkeliaran

d)

bertempiaran

8.

Selepas menyelesaikan tugasan ini, bolehlah kita

berehat ______.

a)

sesungguh-sungguhnya

b)

semahu-mahunya

c)

selama-lamanya

d)

seada-adanya

9.

Baju itu sudah ______ jahitannya kerana terlalu

kerap dipakai.

a)

relai

b)

reput

c)

rapuh

d)

retas

10.

Penonton di dalam dewan itu ketawa ______ apabila

melihat keletah lucu pelawak tersebut.

a)

berderai-derai

b)

terkekeh-kekeh

c)

berjurai-jurai

d)

terkokol-kokol

11.

Semua penonton bertepuk tangan ______ apabila

penyanyi terkenal itu memulakan persembahannya.

a)

kegirangan

b)

kekaguman

c)

kesenangan

d)

kehairanan

12.

Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana

hari telah ______ senja.

a)

gelap-gelap

b)

samar-samar

c)

remang-remang

d)

balam-balam

13.

Bunyi radio itu amat kuat sehingga ______ telinga

ayah yang sedang membaca surat khabar di dapur.

a)

membingitkan

b)

menyesakkan

c)

menyendatkan

d)

memanaskan

14.

Kami menerima ______ makan malam daripada

Datuk Robert kerana meraikan kepulangan anak

perempuannya dari luar negara.

a)

arahan

b)

jemputan

c)

pelawaan

d)

ajakan

15.

Bencana alam yang banyak berlaku sekarang

berpunca ______ kerakusan manusia memanipulasi

sumber alam sekitar.

a)

oleh

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

16.

Sebagai ______ yang berpengalaman, Siti dan Mei

Ling akan memastikan majlis yang dikendalikan oleh

mereka berjalan dengan lancar.

a)

juruacara

b)

juruulas

c)

juruhebah

d)

jurubahasa

17.

Adibah Noor bukan sahaja aktif dalam bidang

nyanyian______ turut aktif dalam bIdang lakonan.

a)

sementara

b)

bahkan

c)

serta

d)

sedangkan

18.

Encik Muthu telah ______ anak lelakinya dengan

seorang gadis yang jelita.

a)

mempersuamikan

b)

mempersuami

c)

memperisterikan

d)

memperisteri

19.

Kakak sedang menjahit sarung bantal yang ______

benang emas.

a)

bersulamkan

b)

berjahitkan

c)

berendakan

d)

berbenangkan

20.

Jenazah Sultan Muzaffar Shah telah ______

dengan penuh kebesaran dan adat istiadat diraja.

a)

ditanamkan

b)

dikebumikan

c)

dimakamkan

d)

disemadikan