NEW
Font size
WorksheetsKata adjektif
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur menjadi ................. apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri.
lengang
senyap
muram
suram
Mata Amin ................... kerana terkena air sabun semasa dia mandi pagi tadi.
panas
lemah
keras
pedih
Para penduduk kampung memohon pihak berkuasa menggantikan jambatan yang telah ................... kerana keadaannya agak berbahaya.
besar
luas
usang
kecil
Tapak tangan Shofi memang.............. kerana dia sering membuat kerja-kerja berat seperti mencangkul tanah.
kesat
kasar
lebam
birat
Mak Cik Aminah berasa .................... apabila memikirkan anak-anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat.
riang
syahdu
geli
runsing
Syifa terpaksa membuang minyak masak itu kerana telah............... .
tengik
basi
hanyir
hamis
Sham mengalirkan air mata kerana terlalu .................... apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasi sajak.
manja
sayu
gembira
hairan
Banyak pelanggan yang menempah gubahan daripada Sofea kerana dia amat ................ semasa membuat gubahan tersebut.
sopan
teliti
lembut
ghairah
Amirul ............. langkahnya kerana hujan renyai-renyai mulai turun.
memperelok
memperderas
memperbanyak
mempercepat
........................ sungguh pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera ini.
Indah
Nyaman
Segar
Panas
Sham mengalirkan air mata kerana terlalu .................... apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasi sajak.
manja
sayu
gembira
hairan
