wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 UJIAN 1

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

"Bilakah __________akan berangkat ke London?" tanya Nureen kepada Azreen.

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

2.

Apabila Muaz sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

3.

Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________

a)

tengik

b)

lembik

c)

empuk

d)

lemau

4.

Salsabella bukan saja cemerlang dalam pelajaran ______________ dia juga seorang yang handal bersilat.

a)

tetapi

b)

malahan

c)

sejak

d)

kecuali

5.

Ariff terpesona _______________ kemerduan suara penyanyi itu.

a)

oleh

b)

kepada

c)

dengan

d)

pada

6.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

7.

Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu

a)

sama ada bandar atau desa

b)

sama ada di bandar atau di desa

c)

sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa

d)

sama ada di bandar atau desa

8.

Amirul terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

9.

Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.

a)

yang ditemukan oleh mereka itu

b)

yang ditemui oleh mereka itu

c)

yang mereka temukan itu

d)

yang mereka temui itu

10.

Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.

a)

hendaklah tunaikan janji itu

b)

mestilah tunai janji itu

c)

hendaklah menunaikan janji itu

d)

hendaklah tunai janji itu

11.

Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?

a)

orang miskin yang mendapat pertolongan

b)

berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

12.

Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?

a)

orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya

b)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

orang miskin yang mendapat pertolongan

13.

Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?

a)

orang miskin yang mendapat pertolongan

b)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

c)

berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

d)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

14.

Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?

a)

orang yang malas tidak akan maju

b)

kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

rajin dan cepat bekerja

15.

Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?

a)

sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan

b)

orang yang malas tidak akan maju

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

16.

Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

17.

Walaupun arahan untuk meninggalkan kawasan itu telah diberikan, namun terdapat sebilangan penduduk yang _________ belum berbuat demikian.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

selalu

d)

masih

18.

Rafiqi 2 IS datang ke sekolah dengan _________ sahaja kerana Sambutan Hari Guru diadakan di sekolahnya pada hari itu.

a)

melenggang

b)

melenggok

c)

melencung

d)

melenggong

19.

Tengku Haikal masih lagi _______ kerana dia malas untuk membersihkan longkang di hadapan rumahnya.

a)

bertapi-tapi

b)

berura-ura

c)

berbisik-bisik

d)

beriak-riak

20.

ParaA pemaju perumahan tidak mengindahkanB teguran penduduk agarC mengatasi

masalah tersebut. Tiada kesalahanD.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

ParaA pelajar dilarang berbuatB bising di dalam kelas supayaC tidak mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada kesalahanD.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal.

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

c)

pucuk dicita ulam mendatang

d)

pungguk merindukan bulan.

23.

Jurulatih pasukan silat SMAM hanya melebih-lebihkan cerita tentang kehebatan pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan. Hal ini boleh diibaratkan

a)

membuang garam ke laut.

b)

tanah sekepal digunungkan.

c)

belum duduk sudah berlunjur

d)

kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.

24.

I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.

III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.

IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

25.

I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.

III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.

IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

a)

I dan IV sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

26.

I Sekarang jugakah Udin akan berlepas ke Korea?

II Telah berbaikkah mereka berdua pagi tadi?

III Nabilah tidak menghantar surat hari ini?

IV Harga seikat buah rambutan itu berapakah?

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

27.

Pemilihan peserta ke pertandingan kuiz peringkat daerah Marang dibuat adalah berdasarkan kepada keputusan kuiz di peringkat sekolah.

a)

berdasarkan keputusan

b)

adalah berdasarkan keputusan

c)

berdasarkan kepada keputusan

d)

adalah berdasarkan kepada keputusan

28.

Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak

a)

membaiki perisian komputer

b)

memperbaiki pengisian komputer

c)

membaikkan pengisian komputer

d)

memperbaiki perisian komputer

29.

Penduduk Kampung Chendering bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

a)

bergotong-royong untuk melebar

b)

bergotong-royong untuk perlebarkan

c)

bergotong-royong untuk memperlebar

d)

bergotong-royong untuk memperlebarkan

30.

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada Daiyan.

a)

Gula-gula yang saya belikan

b)

Gula-gula yang dibeli oleh saya

c)

Semua gula-gula yang saya beli

d)

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya