wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ T1B3 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat lukisan yang dihasilkan oleh manusia Zaman Prasejarah di Gua Chauvet, Perancis.

Lukisan tersebut menggambarkan aktiviti

a)

keagamaan

b)

perburuan

c)

pertanian

d)

kebudayaan

2.

Apakah peranan artifak berikut dalam kalangan masyarakat Zaman Prasejarah?


"Stonehenge, Britain"

a)

Kubu pertahanan

b)

Pusat pentadbiran

c)

Pusat pembuatan

d)

Upacara ritual

3.

Apakah aktiviti yang dilakukan oleh manusia Zaman Prasejarah yang tinggal di Ban Chiang, Thailand?

a)

Pembuatan tekstil

b)

Pembuatan logam

c)

Melombong emas

d)

Menanam rempah

4.

Berikut menunjukkan bukti kehidupan manusia Zaman Prasejarah di Asia Tenggara.

Rangka Perak Man yang berusia antara 11,000 - 10,000 SM.

Di manakah rangka tersebut ditemukan?

a)

Sa Hyun, Vietnam

b)

Lenggong, Malaysia

c)

Ban Chiang, Thailand

d)

Gua Padah-lin, Myanmar

5.

Gua Tabon merupakan sebahagian kawasan petempatan masyarakat Zaman Prasejarah.

Gua tersebut terletak di ..........

a)

India

b)

Filipina

c)

Vietnam

d)

Myanmar

6.

Bagaimanakah kewujudan lokasi Zaman Prasejarah dikenal pasti?

a)

Pengiktirafan UNESCO

b)

Pengiktirafan PBB

c)

Tinggalan artifak

d)

Tinggalan ekofak

7.

Gambar berikut menunjukkan lukisan yang terdapat di dalam Gua Altamira, Sepanyol.

Lukisan tersebut menunjukkan kewujudan manusia pada zaman

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

8.

Fosil dan sisa tulang ditemui di Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia. Penemuan tersebut telah didiami manusia sejak .......

a)

Zaman Mesolitik

b)

Zaman Paleolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

9.

Manakah antara berikut merupakan lokasi Zaman Prasejarah di dunia?

a)

Gua Tabon, Filipina

b)

Altamira, Sepanyol

c)

Catal Huyuk, Turki

d)

Ban Chiang, Thailand

10.

Gambar berikut merujuk kepada rangka Perak Man.


Kajian mendapati rangka tersebut berusia antara .....

a)

5,000 hingga 4,000 SM

b)

8,000 hingga 7,000 SM

c)

11,000 hingga 10,000 SM

d)

12,000 hingga 11,000 SM