NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Nyatakan peribahasa yang bermaksud sesuatu ikatan persahabatan yang begitu erat sekali
Bersatu teguh, bercerai roboh
Seperti isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Seperti kera mendapat bunga
Nyatakan peribahasa yang bermaksud seseorang yang selalu disisihkan.
Anak buah
Anak emas
Dianaktirikan
Anak tunggal
Peribahasa yang menyebut ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bermaksud
sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh
kalau tidak kerana pertolongannya, sudah tentu dia tidak akan berjaya
seseorang perlu bertindak waras
seseorang anak sedikit sebanyak akan mengikut jejak ibu bapanya
Peribahasa yang bermaksud kita hendaklah mengikut adat yang baik ialah
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Biar berputih tulang jangan berputih mata
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Alah bisa tegal biasa bermaksud
Sesukar mana sesuatu masalah, jika dilakukan setiap hari, hal itu akan menjadi mudah dan biasa
Perbuatan yang sia-sia
Setiap perbuatan pasti ada balasannya
hal yang sukar perlu diberi keutamaan untuk menyelesaikannya
Kalau kita ikut nafsu, buruk padahnya Peribahasanya ialah
Ibarat beban belum terlepas dari bahu
Ikut resmi padi; semakin berisi semakin tunduk
Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Peribahasa,"Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah" bermaksud
Sesuatu bangsa akan hilang apabila bahasanya tidak digunakan.
Hidup bermuafakat; banyak sama banyak; sedikit sama sedikit.
Masih terpaksa menanggung tanggungjawab
Berhati-hati sebelum mendapat kesusahan dan berjimat sebelum kehabisan wang.
Peribahasa yang bermaksud "Perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan" ialah
Jauh berjalan banyak pengalaman
Harap hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
"Habis manis sepah dibuang" bermaksud
Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendatangkan hasil.
Digunakan sewaktu ada keperluan sahaja dan selepas itu ditinggalkan.
Orang yang diharapkan melakukan pengkhianatan.
Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berkeupayaan untuk mencapainya.
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" bermaksud
Patuh kepada adat dan peraturan tempat di mana kita tinggal
Orang yang dipelihara dengan baik tetapi tiada kebebasan.
Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya.
Orang yang berangan-angan / Mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat
"Embun di hujung rumput" bermaksud
Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan.
Suatu keadaan yang serba salah
Kasih sayang yang tidak kekal.
Mementingkan diri sendiri dan hidup bersendirian.
"Ada padi, semua kerja jadi; Ada beras semua kerja deras", bermaksud
Ada kasih sayang kerana adanya wang.
Kalau ada wang semua kerja dapat dijalankan dengan cepat.
Kalau campur tangan dalam pergaduhan keluarga orang lain, apabila mereka berbaik-baik semula, kita akan tersisih.
Kerja yang susah menjadi senang jika menjadi suatu kebiasaan.
Peribahasa yang bermaksud,membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama ialah
Alang-alang mandi biar basah
Alah bisa, tegal biasa
Alah membeli menang memakai
Air digenggam tiada tiris
"Air digenggam tiada tiris" bermaksud
Kedekut, kikir atau bakhil
Jangan sangka pendiam itu bodoh atau penakut
Orang yang hidup mewah
Sangat berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja
Peribahasa yang bermaksud,orang yang hidup mewah ialah
Besar periuk, besarlah keraknya
Bagai itik pulang petang
Bagai ayam disambar helang
Ayam bertelur di atas padi
"Belakang parang, diasah lagikan tajam" bermaksud
Habis terjual barang-barang milik untuk mendapatkan wang.
Membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan.
Kurang berkebolehan tetapi apabila rajin belajar akan berjaya.
Sebelum mendapat pekerjaan baik, buatlah kerja lain.
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Tolong-menolong apabila membuat sesuatu kerja.
Sedih melihat orang yang susah, tetapi susah lagi orang yang menanggungnya.
Pada mulanya susah, kemudian mendapat kesenangan.
Berfikir sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
"Biduk lalu kiambang bertaut" bermaksud
Ahli keluarga yang berkelahi akhirnya akan bersatu semula.
Adat resam perlu ditaati walaupun terpaksa korbankan anak.
Bertuah
Buat baik biar sekadarnya dan jangan sama sekali buat jahat
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat"
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Manusia yang hidup berdasarkan kata muafakat / kata sepakat
Belum tentu akan memperoleh sesuatu tetapi sudah memikirkan keuntungannya.
Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya.
"Ditelan mati emak, diluah mati bapa," bermaksud
Mementingkan diri sendiri dan hidup bersendirian.
Patuh kepada adat dan peraturan tempat di mana kita tinggal
Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan.
Suatu keadaan yang serba salah
