Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 8 TINGKATAN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah tempoh masa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan ?

a)

10 TAHUN

b)

20 TAHUN

c)

30 TAHUN

d)

40 TAHUN

2.

Pilih fungsi Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

a)

Beri pinjaman kepada petani kecil

b)

Bantu pasarkan hasil pertanian

c)

Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan

d)

Membangunkan masyarakat luar bandar

e)

Menggalakkan penyelidikan pertanian

3.

X berfungsi membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian, petempatan baru dan melahirkan petani moden


X merujuk kepada ?

a)

FELDA

b)

FELCRA

c)

MARDI

d)

RISDA

4.

FELDA menumpukan kepada penanaman :

a)

GETAH

b)

JAGUNG

c)

KELAPA

d)

KELAPA SAWIT

5.

RIDA dan FELDA terletak di bawah Kementerian :

a)

PERTAHANAN

b)

PERTANIAN

c)

PEMBANGUNAN NEGARA DAN LUAR BANDAR

d)

WANITA

6.

W diwujudkan bagi menyelaraskan pembangunan di peringkat kampung, daerah dan negeri.


W merujuk kepada :

a)

BILIK GERAKAN NEGARA

b)

BUKU MERAH

7.

Apakah fungsi utama FAMA ?

a)

Membuka tanah pertanian secara besar-besaran

b)

Penyelidikan dalam pertanian

c)

Membantu petani dalam pemasaran hasil pertanian

8.

FELCRA diwujudkan untuk membantu _________ membangunkan ekonomi luar bandar.

a)

FELDA

b)

MARDI

c)

MARA

d)

RISDA

9.

Pada 1 Mac 1966 nama RIDA telah ditukar kepada ?

a)

FELDA

b)

MARA

c)

UDA

d)

KOSPEM

10.

Badan Berkanun Y berfungsi menjalankan PENYELIDIKAN, memperkenalkan teknologi baru dan meningkatkan hasil pertanian kecuali GETAH.


Y merujuk kepada ?

a)

FELDA

b)

MARA

c)

MARDI

d)

BANK BUMIPUTERA

11.

Kejayaan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970) terbantut akibat peristiwa ?

a)

Konfrontasi Indonesia

b)

Kemelesatan ekonomi dunia

c)

Peristiwa 13 Mei 1969

d)

Singapura keluar dari gagasan Malaysia

12.

LPP ditubukan bertujuan membantu golongan petani dalam ?

a)

PENANAMAN

b)

PENYELIDIKAN

c)

KOPERASI

d)

PEMASARAN

13.

RISDA membantu pekebun kecil GETAH dari segi ______________ dan penanaman semula getah.

a)

PEMASARAN

b)

TEKNIK SEMAIAN

c)

PENYELIDIKAN

d)

SEMUA JAWAPAN DI ATAS

14.

PETRONAS bertujuan memajukan industri dan perniagaan berkaitan ?

a)

PERTANIAN

b)

PENYELIDIKAN GETAH

c)

PETROLEUM

d)

GAS

15.

Pembukaan tanah secara besar-besaran seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia :

a)

PERTAMA

b)

KEDUA

c)

KETIGA

d)

KEEMPAT

16.

Pilih kawasan Zon Perdagangan Bebas di Malaysia dalam RMK-4

a)

PELABUHAN KLANG, SELANGOR

b)

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

c)

SUNGAI WAY, SELANGOR

d)

SKUDAI, JOHOR

17.

Namakan badan yang bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan semasa Dasar Penswastaan dilaksanakan oleh Tun Mahadhir Mohamad pada 1883.

a)

Unit Perancangan Ekonomi (UPE)

b)

TELEKOM

c)

Unit Tindakan Khas (UTK)

d)

Unit Penswastaan Negara (UPN)

18.

Pilih strategi dalam Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPDN)

a)

Guna teknologi terkini

b)

Penanaman secara besar-besaran

c)

Kelompokkan kampung - kampung menjadi petempatan besar

d)

Penerapan nilai dan etika

19.

Berapakah jumlah penduduk Malaysia menjelang tahun 2100 menurut Dasar Kependudukan yang dikemukakan oleh Tun Mahadhir?

a)

70 juta

b)

50 juta

c)

2.6 Billion

d)

20 juta

20.

Siapakah yang membentuk Rukun Negara Malaysia ?

a)

MAGERAN

b)

FELDA

c)

RISDA

d)

Unit Perancang Ekonomi (UPE)

21.

Pilih sekolah yang ditubuhkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

a)

Sekolah Alam Shah

b)

Sekolah Pekan Baru

c)

Sekolah Sultan Abdul Halim

d)

Sekolah Seri Puteri

22.

WAWASAN 2020

CABARAN KE-9 : Membina Masyarakat Makmur


Bagaimanakah cara mengatasi cabaran di atas ?

a)

Rakyat saling menghormati

b)

Rakyat hidup mewah

c)

Rakyat berfikiran rasional

d)

Rakyat beretika

23.

Cabaran ke-8 :

Menjamin Masyarakat yang ?

a)

ADIL

b)

MAKMUR

c)

SAINSTIFIK

d)

BERMORAL

24.

SPMU 2018

Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.


Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat


Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

A Memiliknegarakan industri

b)

B Mengurangkan hak milik asing

c)

C Kekayaan negara dikongsi bersama

d)

D Sistem kewangan disusun semula

25.

SPMU 2018

Mengapakah Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan ?


 Jabatan Pos ( Pos Malaysia Berhad)

 Lembaga Lektrik Negara ( Tenaga Nasional Berhad)


I Memajukan industri kecil

II Mengurangkan beban kewangan

III Meningkatkan kualiti perkhidmatan

IV Menggalakkan kemasukan modal asing

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

26.

SPM 2017

Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020.


 Perpaduan rakyat

 Kestabilan politik

 Ketinggian maruah bangsa

 Kekukuhan nilai moral dan etika


Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras ?

a)

A Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri

b)

B Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar

c)

C Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal

d)

D Membina kemajuan berasakan kerohanian

27.

SPMU 2017

Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang dan nangka seluas 20 hektar tetapi menghadapi masalah kekurangan modal.


Apakah agensi yang dapat membantu Pak Abu mengatasi masalah tersebut?

a)

A Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

B Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

c)

C Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

D Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)

28.

SPM 2016

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?

 Dewan Bahasa dan Pustaka

 Universiti Kebangsaan Malaysia

a)

A Meningkatkan kadar celik huruf

b)

B Menggalakkan kemasukan pelajar asing

c)

C Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

D Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

29.

SPMU 2016

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu.


Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?

a)

A Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

B Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

c)

C Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah

d)

D Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan

30.

SPM 2015

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.


Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?

T5 B8 ms 214 [ P3 B8 ]

a)

A Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

B Mengurangkan sekolah vernakular

c)

C Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

D Menempatkan murid kelainan upaya

31.

SPM 2014

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ


Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

A Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

B Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

C Mengawal kemasukan buruh luar

d)

D Menyusun semula masyarakat

32.

SPM 2013

Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

a)

A Menyusun semula masyarakat

b)

B Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

C Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

D Memartabatkan bahasa kebangsaan

33.

SPM 2013

Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020.


Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya


Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan?

a)

A Kekayaan negara dikongsi bersama

b)

B Pelaburan asing dipertingkatkan

c)

C Memantapkan jati diri rakyat

d)

D Membangunkan modal insan

34.

SPM 2008

Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada 1973?

a)

A Membangunkan industri desa

b)

B Mengawal kualiti hasil pertanian

c)

C Menjalankan penyelidikan pertanian

d)

D Membantu petani dalam kegiatan koperasi

35.

X berfungsi membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian, petempatan baru dan melahirkan petani moden


X merujuk kepada ?

a)

FELDA

b)

FELCRA

c)

MARDI

d)

RISDA

36.

RIDA telah ditubuhkan dalam :

a)

Rancangan Malaysia Pertama

b)

Rancangan Malaya Pertama

c)

Rancangan Malaya Kedua

37.

Apakah peristiwa yang berlaku sehingga Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 ?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Peristiwa Memali

c)

Singapura keluar dari gagasan Malaysia

38.

Apakah ideologi negara Malaysia ?

a)

Rukun Negara

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

39.

Semua sekolah Vernakular Melayu, Cina dan India dibubarkan dan akan digantikan dengan satu jenis sekolah kebangsaan sahaja.


Kenyataan tersebut merujuk kepada cadangan ?

a)

Laporan Barnes

b)

Ordinan Pelajaran

c)

Penyata Razak

40.

Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan sebagai Badan ________________

a)

Eksekutif

b)

Berkanun

c)

Swasta