NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa 1 (Perkataan Seerti)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
sopan
baik
rajin
taat
Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
mabuk
bimbang
takut
penat
Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
menghukum
menyamun
memarahi
memukul
Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.
cantik
sesuai
cukup
lengkap
Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu
moden
panjang
kukuh
indah
Sudah saya duga Abu akan datang awal ke sekolah.
jangka
tahu
yakin
sedar
Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Stoking
Seluar
Capal
Kasut
Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
habis
lazat
laku
terkenal
Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu kesayangannya
derita
pedih
uzur
perit
Air telaga itu telah tercemar.
perigi
tasik
sungai
kolam
