wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Nutrisi 2

Total questions: 15

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Rajah tersebut menunjukkan Piramid makanan. Apakah fungsi kelas makanan X?

a)

Membekalkan tenaga

b)

Mengekalkan suhu badan

c)

Memperbaharui sel-sel yang mati

d)

Memudahkan penyahtinjaan

2.

Nicole tinggal di kawasan Artik yang mempunyai suhu persekitaran serendah -40 darjah Celsius. Apakah kelas makanan yang perlu diambil oleh beliau secara berterusan untuk membolehkannya sesuai dengan suhu sejuk?

a)

LEMAK

b)

PROTEIN

c)

KARBOHIDRAT

d)

VITAMIN

3.

Di manakah bermulanya pencernaan bagi lemak?

a)

Perut

b)

Duodenum

c)

Hati

d)

Usus kecil

4.

Apakah bahan yang sesuai untuk digunakan dalam ujian makanan untuk NASI?

a)

Larutan Bennedict

b)

Larutan Bromin

c)

Larutan Iodin

d)

Larutan Millon

5.

Ujian Millon sesuai digunakan untuk menguji makanan dari kelas.....

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Lemak

d)

Minedal

6.

Kita sangat memerlukan kelas makanan ini supaya ianya dapat melindungi diri kita dari terkena penyakit.

a)

Vitamin

b)

Mineral

c)

Protein

d)

Pelawas

7.

Dinding usus kecil kita dipenuhi dengan berjuta-juta unjuran halus yang disebut...........

a)

Vellu

b)

Villis

c)

Velus

d)

Vilus

8.

Berikut adalah ciri-ciri usus kecil yang betul KECUALI...

a)

Permukaan usus kecil yang berlipat-lipat menambahkan luas permukaan dan meningkatkan kadar penyerapan hasil pencernaan.

b)

Bilangan vilus yang banyak berfungsi untuk memerangkap sisa-sisa makanan sebelum dihantar ke usus besar

c)

Salur darah di usus kecil berfungsi untuk mengangkut nutrien ke seluruh bahagian badan.

d)

Dinding vilus sangat nipis untuk meningkatkan kadar penyerapan.

9.

Madu telah diuji dengan menggunakan ujian Iodin dan ujian Benedict. Semasa ujian Iodin, warna Iodin tetap berwarna perang manakala di akhir ujian Benedict, terhasil mendoakan merah bata.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai MADU?

a)

Madu adalah kanji

b)

Madu adalah protein

c)

Madu adalah glukosa

d)

Madu adalah maltosa

10.

En. Fuad dan En. Razak tinggal berjiran di sebuah perkampungan di tepi pantai. En. Fuad adalah seorang nelayan manakala En. Razak adalah seorang guru sekolah. Rajah itu menunjukkan satu hidangan untuk sarapan pagi bagi seorang lelaki yang sihat tubuh badan. Pilih kewajaran yang paling sesuai.

a)

Hidangan itu sesuai untuk En. Fuad kerana kerjanya yang berat menggunakan tenaga yang banyak dan terdedah dengan cuaca yang panas.

b)

Hidangan itu sesuai untuk En. Razak kerana kerjanya yang turun naik bangunan sekolah dan mengajar menggunakan suara memerlukan tenaga yang banyak dan dalam waktu yang lama.

c)

Hidangan itu sesuai untuk mereka berdua kerana kedua-dua mereka bekerja yang memerlukan tenaga yang banyak.

d)

Hidangan itu tidak sesuai untuk mereka berdua. Itu adalah hidangan untuk orang yang terlibat dengan sukan Bina Badan.

11.

SOALAN KBAT.


Puan Yee adalah seorang vegetarian iaitu hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan atas sebab-sebab peribadi. Beliau tidak makan daging, ikan dan ayam. Tetapi beliau boleh makan produk yang berasal dari haiwan seperti susu dan keju. Adakah amalan pemakanan Puan Yee itu sihat? Terangkan.

a)

Sihat, kerana beliau mendapat semua kelas makanan dari pemakanan yang diamalkan.

b)

Sihat, kerana kelas makanan yang tidak didapati dari pemakanan biasa telah digantikan dengan sumber dari susu dan keju.

c)

Tidak sihat. Kerana tidak mendapat sumber kelas makanan karbohidrat. Maka tenaga yang didapati dari pemakanan beliau tidak dapat menampung untuk kegunaan aktiviti seharian.

d)

Tidak sihat. Kerana amalan pemakanan beliau tidak normal.

12.

Apakah bahan yang diserap semula di dalam usus besar?

a)

Serat, garam mineral dan air.

b)

Serat dan garan mineral.

c)

Garam mineral dan air.

d)

Serat dan air.

13.

Makanan yang dicerna dan diserap ke dalam vilus perlu sampai ke sel-sel badan. Molekul yang telah diserap ke dalam vilus akan mengalami ASIMILASI. Berikut adalah BENAR mengenai ASIMILASI KECUALI...

a)

Asimilasi adalah proses membawa hasil yang tidak dapat dicernakan ke rektum untuk disimpan sementara menunggu proses penyahtinjaan.

b)

Glukosa digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam proses Respirasi.

c)

Asid Amino akan digunakan untuk membentuk komponen sel-sel.

d)

Asid lemak dan Gliserol akan bergabung untuk membentuk lemak yang berfungsi sebagai penebat haba dan melindungi organ dalaman.

14.

Gambar foto tersebut berkaitan dengan...

a)

Usus kecil

b)

Usus besar

c)

Perut

d)

Vilus

15.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang vitamin.

a)

Semua vitamin larut dalam air.

b)

Vitamin ADEK larut dalam lemak manakala vitamin B dan C larut dalam air.

c)

Vitamin ADEK larut dalam air manakala vitamin B dan C larut dalam lemak.

d)

Semua vitamin larut dalam Lemak.