Font size
WorksheetsBIJAK PERNIAGAAN, leh jadi Peniaga Berjaya :)
Total questions: 54
Worksheet time: 28mins
Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
Secara percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Jualan pada harga di bawah kos
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Penternakan
Pemasangan
Pengangkutan
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
Menambah kos perbelanjaan
Meningkatkan imej perniagaan
Mengembangkan perniagaan
Menjalankan tanggungjawab sosial
Lola ingin memulakan perniagaan menjual kek dari rumah bersama kakak beliau. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
Kemahiran yang pelbagai
Mudah mendapat keuntungan
Kos penubuhan yang rendah
Menanggung risiko bersama dengan pelanggan
"Rakan kongsi yang menyumbngkan nama sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan"
Rakan kongsi diatas merujuk kepada
rakan kongsi aktif
rakan kongsi lelap
rakan kongsi berhad
rakan kongsi nominal
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menerangkan penubuhan syarikat awam berhad?
Mengisi borang PNA42
Mendaftar dengan Pesuruhjaya Koperasi Malaysia
Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan
Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D)
Pernyataan manakah benar tentang prinsip-prinsip koperasi?
Kawalan secara autokratik
Keanggotaan secara sukarela
Mendapatkan keuntungan yang maksimum
Hanya seorang wakil anggota mempunyai hak untuk bersuara
Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?
Francaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalti
Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor
Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama-sama
Francaisor mengalami kehilangan hak pemilikan perniagaan
Puan Rose memiliki sebuah kedai jahit yang mempunyai 10 orang pekerja di Melaka. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Puan Rose?
Lebih berdaya saing
Pengambilan pekerja
Aliran tunai negatif
Kos overhed yang rendah
Kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?
Bilangan pekerja
Jumlah jualan tahunan
Jumlah bahan mentah
Jumlah aset dan pembangunan
> Mengekstrak sumber semula jadi
> Mengeluarkan bahan mentah untuk diproses
Apakah sektor perniagaan tersebut?
Sektor mikro
Sektor primer
Sektor sekunder
Sektor tertier
Pernyataan manakah benar tentang sektor ketiga?
Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang
Memproses bahan mentah untuk dijadikan barang separuh siap
Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna
Mendapatkan sumber semula jadi dari proses pengekstrakan
Pilih pernyataan yang berkaitan skala kebangsaan
Perniagaan bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak penduduk setempat sahaja
Menggunakan strategi pemasaran yang sama
Merupakan perusahaan kecil dan sederhana
Menikmati ekonomi bidangan
MATRADE ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu peniaga yang terlibat dalam
skala global
skala negeri
skala tempatan
skala kebangsaan
Pada awal tahun 1990an, sektor yang manakah merupakan penyumbang utama kepada eksport Malaysia?
Sektor mikro
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
- Keadaan konsisten dalam perniagaan
- Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luaran perniagaan
Apakah jenis trend perniagaan tersebut?
DAYA PENGURUSAN
→ Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
→ Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
→ Objektif mungkin tidak tercapai
APAKAH GAYA PENGURUSAN BERKENAAN?
" Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6% pada 1 April 2015"
Apakah faktor luaran tersebut?
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?
I - Semangat
II - Melahirkan idea baharu
III - Maklumat pekerja sedia ada
IV - Pekerja lebih memahami budaya organisasi
I - Permintaan untuk barang meningkat
II - Pendapatan kerajaan akan menurun
III- Aktiviti perniagaan akan meningkat
IV- Kadar pengangguran akan meningkat
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian Puan Aisha.
Puan Aisha merupakan seorang usahawan yang sentiasa mengambil tahu balas daripada pelanggannya dan buka menunggu pelanggannya membuat aduan.
Apakah ciri keperibadian tersebut?
Proaktif
Tabah
Komitmen yang tinggi
Berdikari
Antara yang berikut yang manakah merupakan ciri-ciri keperibadian seorang usahawan yang berjaya?
(Pilih 3 jawapan)
Reaktif
Berani mengambil risiko
Berdikari
Semangat berpasukan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian seorang usahawan.
Menganggap kegagalan adalah cabaran untuk terus maju.
Apakah ciri keperibadian tersebut?
Berorientasi kegagalan
Komitmen yang rendah
Berani untuk gagal
Berdikari
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Dato' Seri Azrul merupakan usahawan produk makanan sejuk beku. Beliau sanggup menjual aset dan membuka syarikat meskipun ketika itu negara dalam kegawatan ekonomi.
Apakah ciri keperibadian yang ada pada Dato' Seri Azrul?
Berani mengambil risiko
Semangat berpasukan
Fleksibel
Kreatif dan inovatif
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Dato' Juwita berazam untuk mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi.
Apakah ciri keperibadian yang ada pada Dato' Juwita?
Kreatif
Optimistik
Kebolehan menentukan visi dan misi
Komitmen yang tinggi
Apakah yang berkaitan dengan seorang usahawan yang mempunyai ciri berwawasan?
Inovasi
Semangat berpasukan
Berani mengambil risiko
Berkemampuan menentukan visi dan misi
Siapakah yang memiliki ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?
Encik Hans merupakan seorang yang berinisiatif dan dapat merebut peluang perniagaan
Encik Yusman suka menjalankan perniagaan yang tiada risiko kegagalan
Cik Aimi berpuas hati dengan perniagaan milikan tunggalnya
Cik Visma hanya menjalankan aktiviti jual beli perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Cik Salmah telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa dalam perniagaan jualan dodol.
Apakah ciri keperibadian seorang usahawan yang dimiliki Cik Salmah?
Kemahiran mengatur
Semangat berpasukan
Pandai mengambil peluang
Berorientasi keuntungan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian seorang usahawan.
Usahawan perlu menukar cara pengeluaran dan mengubah produk mengikut cita rasa pengguna.
Apakah ciri keperibadian tersebut?
Semangat berpasukan
Berinisiatif
Pandai mengambil peluang
Fleksibel
Gambar di atas berkaitan dengan seorang usahawan.
Apakah kebolehan usahawan tersebut?
Kebolehan menentukan visi dan misi
Kebolehan menentukan pekerja
Kebolehan menentukan pasaran
Kebolehan menentukan modal
Pada permulaan penubuhan perniagaan, Rizalman telah bekerja melebihi 10 jam setiap hari untuk memastikan kelangsungan perniagaannya.
Apakah ciri keperibadian seorang usahawan yang ada pada Rizalman?
Komitmen yang tinggi
Optimistik
Kreatif
Toleransi
Usahawan yang mempunyai kekuatan diri mempunyai keazaman untuk menjalin hubungan baik dengan pihak X.
Siapakah X ?
Kerajaan
Pelanggan
Pasangan
Pesaing
Maklumat berikut berkaitan dengan jenama produk yang dihasilkan oleh beberapa usahawan.
SimplySiti
D'Herbs
Apakah kekuatan diri yang ada pada usahawan tersebut?
Keupayaan membina jenama
Perhubungan baik dengan pasangan
Kemahiran pembangunan karakter diri
Fokus tenaga dan tumpuan
Encik Amri menyelesaikan masalah ponteng pekerja dengan memberi ganjaran pakej percutian kepada mereka yang 100% hadir bekerja.
Apakah yang ditunjukkan melalui tindakan Encik Amri tersebut?
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Keupayaan membina jenama
Kemahiran pembangunan karakter diri
Fokus tenaga dan tumpuan
Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan?
(Pilih 3 jawapan)
Pesaing
Modal
Lokasi
Rancangan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan lokasi yang strategik?
Kuasa beli penduduk yang tinggi
Persaingan yang sengit
Kos sewa pejabat yang tinggi
Kos bahan mentah yang tinggi
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan telah menetapkan jenis perniagaan yang boleh dijalankan.
Apakah faktor memulakan perniagaan di atas?
Persaingan
Modal
Undang-undang dan peraturan
Bahan mentah
Bagaimanakah cara yang digunakan oleh peniaga untuk mengatasi pesaing?
(Pilih 3 jawapan)
Menetapkan harga yang tinggi
Mempelbagaikan produk
Memberi perkhidmatan selepas jualan
Memberi layanan lebih mesra
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan 4P?
(Pilih 3 jawapan)
Pengedaran
Produk
Penyelarasan harga
Promosi
Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan Aina.
Aina meninggalkan jawatan pengurus cawangan dan menceburi perniagaan e-dagang
Mengapakah Anita membuat keputusan tersebut?
Risiko pekerjaan yang rendah
Menikmati gaji yang tetap
Masa bekerja yang fleksibel
Menjamin masa depan yang cerah
