wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN KATA SENDI NAMA

Total questions: 30

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mak Cik Kiah membuat sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.

a)

bagi

b)

demi

c)

untuk

d)

kepada

2.

Selendang yang berwarna jingga ini dibeli______ibu kesayangannya di kampung.

a)

demi

b)

untuk

c)

bagi

d)

pada

3.

Perasaan simpati_______anak-anak yatim dan fakir miskin menyebabkan Haji Radzi sanggup mendermakan sebahagian daripada harta pusakanya.

a)

pada

b)

kepada

c)

terhadap

d)

akan

4.

Maklumat palsu tentang penularan wabak Covid-19 yang diperoleh________sumber yang tidak sahih haruslah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

a)

daripada

b)

dari

c)

akan

d)

terhadap

5.

Sesi pembelajaran dalam talian itu akan dikendalikan _______ pukul 8 malam.

a)

hingga

b)

ke

c)

pada

d)

dalam

6.

Gerakan mencari mangsa-mangsa runtuhan salji itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

7.

Puan Sakinah sentiasa mengambil berat_______kebajikan para pekerjanya.

a)

tentang

b)

terhadap

c)

akan

d)

kepada

8.

Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara.

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

9.

Muthu menendang bola itu __________ penjuru kanan pintu gol.

a)

dari

b)

daripada

c)

ke

d)

kepada

10.

Nadia memasukkan rempah ratus __________ dalam periuk masakan.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

11.

Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat yang tidak bermoral.

a)

dengan

b)

terhadap

c)

kepada

d)

pada

12.

Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Brunei dan Indonesia.

a)

daripada

b)

hingga

c)

sampai

d)

dari

13.

Mereka sedang berbincang ____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

a)

akan

b)

tentang

c)

untuk

d)

sejak

14.

Mak Cik Zafirah termenung sendirian di beranda rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Jordan.

a)

oleh

b)

akan

c)

dengan

d)

kepada

15.

Projek perumahan mewah di Bandar Tasik Putera sudah terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

sampai

16.

Menara Berkembar Petronas terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.

a)

dari

b)

pada

c)

dengan

d)

daripada

17.

Kejayaan atlet murid dalam bidang sukan dan pelajaran bergantung ____________ daya usaha mereka sendiri.

a)

oleh

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

18.

Murid-murid Tahun 4 Berlian sedang berkumpul __________ padang sekolah.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

pada

19.

Kelalang kon itu jatuh __________ lantai makmal lalu pecah.

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

kepada

20.

Adik Aina sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak Ain.

a)

dengan

b)

akan

c)

pada

d)

untuk

21.

Paras air sungai Kuala Krai sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

22.

Joshua tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Kangar.

a)

demi

b)

apabila

c)

pada

d)

semenjak

23.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ arah bandar Kuantan ___________ Gambang.

a)

di ... ke

b)

dari ... ke

c)

di ... kepada

d)

daripada ... kepada

24.

Amir Luqman menghantar e-mel ____________ abangnya yang berada _________

Itali.

a)

akan ... di

b)

untuk ... dari

c)

kepada ... di

d)

dengan ... dari

25.

Lebih baik membaca buku __________ asyik bermain sahaja, kata emak kepada Thurgasini.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

26.

Bantuan kewangan telah disampaikan __________ balu mangsa pertama wabak Covid-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

27.

Pelayan Restoran Handal itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu.

a)

serta

b)

untuk

c)

supaya

d)

daripada

28.

Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Tawar kerana kereta mengalami kerosakan.

a)

dari ... ke

b)

akan ... di

c)

akan ... dari

d)

dengan ... ke

29.

Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

30.

Baju kurung itu dibeli __________ Puan Afrina di Pasar Raya Megah semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.

a)

bagi

b)

oleh

c)

untuk

d)

kepada