wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Aspek geografi yang menyebabkan Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialisme Barat ialah


I. kedudukannya di laluan antara China dan India

II. kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk pertanian

III. keluasan tanah untuk kegiatan pertanian

IV. keadaan muka bumi yang rata untuk kawasan petempatan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I adan IV

2.

China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat kerana

a)

keluasan tanah untuk pertanian

b)

ketamadunan yang dimilki oleh penduduk tempatan

c)

penduduk yang ramai untuk pasaran

d)

kekayaan hasil bumi

3.

Apakah peristiwa yang berlaku di Eropah yang mengubah dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara?

a)

Keruntuhan sistem feudal

b)

Kemunculan sistem birokrasi moden

c)

Revolusi perindustrian

d)

Kejayaan perluasan kuasa di Eropah

4.

Adalah menjadi tanggungjawab kita mentamadunkan orang Timur


Kuasa X - Adalah menjadi tanggungjawab kita mentamadunkan orang


Kuasa X merujuk kepada

a)

Sepanyol

b)

Belanda

c)

British

d)

Perancis

5.

Slogan “Beban Orang Putih” dalam dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara merujuk kepada kuasa

a)

Sepanyol

b)

British

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

6.

Sewaktu penjajahan Sepanyol, barangay-barangay disatukan menjadi encomienda.


Kesan daripada tindakan di atas ialah

a)

kemajuan dalam kegiatan ekonomi

b)

kemerosotan sistem pemerintahan tradisional

c)

sistem pentadbiran barat diperkenalkan

d)

kawasan penguasaan Sepanyol semakin luas

7.

Penjajahan Belanda-Wujud dua bentuk

di Indonesia pentadbiran


Dua bentuk pentadbiran yang dimaksudkan ialah

a)

pentadbiran pusat

b)

pentadbiran daerah

c)

pentadbiran kampong

d)

pentadbiran tempatan

8.

Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

a)

Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran.

b)

Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan.

c)

Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan.

d)

Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia.

9.

Hluttaw , Wun , Myothugyi , Athi


Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

a)

Thailand

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Burma

10.

Sewaktu menguasai Burma, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu

Burma dan Akta Perkampungan Burma.


Kesan kepada pengenalan kedua-dua akta di atas ialah

a)

sistem pentadbiran tradisional lenyap

b)

pengekalan sistem pentadbiran peringkat kampung

c)

kewujudan kampung dapat dipertahankan

d)

pengenalan sistem birokrasi barat di peringkat kampung

11.

Mengapakah pengaruh golongan agama di Burma merosot zaman penjajahan British?

a)

Golongan agama tidak dibenarkan terlibat sebagai pentadbir.

b)

Rakyat tidak lagi menghormati golongan agama.

c)

Sami Buddha berada di bawah naungan undang-undang Barat

d)

Golongan agama kehilangan kuasa ekonomi.

12.

Golongan Mandrin yang menduduki pentadbiran di Vietnam sebelum kedatangan Perancis dipilih melalui

a)

perlantikan oleh pihak raja

b)

peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China

c)

undian oleh pihak rakyat

d)

penguasaan mereka dalam bidang ekonomi

13.

Pembesar Berempat

Pembesar Berlapan

Pembesar Enambelas

Pegawai Kerajaan Tiga Puluh Dua


Maklumat di atas merujuk kepada

a)

Sistem Pembesar Bergelar

b)

Sistem Pembesar Berganda

c)

Sistem Pembesar Berjawatan

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

14.

Antara langkah yang diambil oleh Raja Thai untuk mengekalkan kemerdekaan Thai ialah

a)

melantik penasihat Barat

b)

memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

c)

sistem Raja Berperlembagaan Barat diperkenalkan

d)

mengukuhkan sistem pertahanan negara

15.

Imperialisme Barat menjalankan perubahan sistem politik di negara yang dijajah bertujuan

a)

memperkenalkan birokrasi barat kepada penduduk tempatan

b)

melicinkan perjalanan sistem pentadbiran

c)

menghapuskan pengaruh pentadbir tempatan

d)

menguasai ekonomi tanah jajahan

16.

Diperkenalkan untuk menampung dana kerajaan


Satu perlima tanah ditanam dengan tanam eksport sebagai cukai


Rakyat tidak bertanah dikenakan kerahan tenaga selama 66 hari


Maklumat di atas merujuk kepada

a)

Sistem Polo

b)

Sistem Tanaman Paksa

c)

Sistem Ekonomi Perdagangan

d)

Sistem Kerahan Tenaga

17.

Penjajah Barat melonggarkan kemasukan imigran ke Asia Tenggara.


Kesan daripada tindakan ini ialah

a)

penduduk Asia Tenggara bertambah

b)

buruh mudah diperolehi dengan murah

c)

ekonomi tempatan dikuasai oleh pendatang

d)

berlaku keseimbngan jumlah penduduk tempatan dan pendatang

18.

Bukti ketidakjujuran imperialsime Barat dalam tugas mentamadunkan penduduk Asia Tenggara ialah

a)

tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal

b)

diskriminasi dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan

c)

hasil tempatan dikuasai untuk kepentingan mereka

d)

peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara

19.

Pengenalan agama Kristian-Penduduk Filipina bersatu

oleh Sepanyol menentang Sepanyol


Mengapakah ini boleh terjadi?

a)

Mengugat kedudukan agama tempatan

b)

Ramai penduduk Filipina menganut agama Kristian

c)

Pemimpin agama tempatan kehilangan kuasa

d)

Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua

20.

Nasionalis yang sederhana

Penulis novel Noli Me Tangere

Berjuang melalui akhbar La Solidaridad


Tokoh yang dimaksudkan ialah

a)

Jose Rizal

b)

Andres Bonifacio

c)

Emilio Aguinaldo

d)

Sergio Osmena

21.

Pengenalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Mengapa?

a)

Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.

b)

Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah.

c)

Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk dandar.

d)

Pendidikan barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional.

22.

Tindakan penjajah Belanda mengasingkan anak golongan priyayi daripada anak orang kebanyakan dalam pemberian pendidikan bertujuan

a)

mendapat sokongan daripada golongan priyayi

b)

golongan priyayi adalah golongan berpengaruh

c)

mengekalkan status golongan priyayi

d)

memecahkan perpaduan rakyat tempatan

23.

Dipimpin oleh Jose Rizal

Gerakan nasionalis terawal di Asia Tenggara

La Solidaridad menjadi akhbar rasmi


Maklumat di atas merujuk kepada

a)

Liga Filipina

b)

Katipunan

c)

Gerakan Dakyah

d)

Parti Nasional

24.

Apakah peranan sistem pengangkutan dan perhubungan dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.

b)

Mempercepatkan penghantaran akhbar yang menyiarkan idea perjuangan

c)

Pertemuan pemimpin dapat dijalankan di merata tempat.

d)

Pemimpin mudah bertemu untuk membincangkan idea nasionalisme.

25.

Negara-negara di Asia Tenggara merasakan mereka mampu mengalahkan kuasa Barat. Perasaan ini muncul kesan daripada

a)

kemampuan Thailand mengekalkan kemerdekaannya.

b)

kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia.

c)

lahirnya golongan yang berpendidikan Barat.

d)

penentangan terhadap British di India..

26.

Ciri persamaan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dalam tahap pertama ialah

a)

penentangan bersifat setempat

b)

gerakan tidak berorganisasi

c)

menekankan kesedaran politik

d)

dipimpin oleh golongan bangsawan

27.

Matlamat perjuangan gerakan nasionalisme tahap kedua ialah

a)

menempatkan orang tempatan dalam pentadbiran

b)

memberi peluang pendidikan kepada anak tempatan

c)

mempastikan golongan tempatan menguasai ekonomi

d)

membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

28.

Isu yang diperjuangkan oleh Gerakan Dakyah di Filipina ialah

a)

menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

b)

bangsa Filipina diberi tempat dalam pentadbiran

c)

hak bersuara diberikan kepada bangsa Filipina

d)

bangsa Filipina berhak sama seperti bangsa Sepanyol

29.

Tokoh X

Saya pemimpin Katipunan

Akhbar rasmi kami ialah Kayalan


Tokoh X merujuk kepada

a)

Jose Rizal

b)

Andres Bonifacio

c)

Emilio Aguinaldo

d)

Sergio Osmena

30.

Mengapakah isu pendidikan menjadi tumpuan di kalangan nasionalis di Indonesia pada tahap pertama?

a)

Masih ramai penduduk Indonesia yang buta huruf.

b)

Peluang pendidikan di Indonesia hanya untuk golongan elit.

c)

Pengenalan pendidikan Barat menyebabkan pendidikan tradisional terabai.

d)

Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.

31.

Habis Gelap Terbitlah Terang

Penulisan Seorang Puteri Jawa


Penulis karya di atas yang telah berjaya mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia ialah

a)

Raden Adjeng Kartini

b)

Omar Said Tjokroaminoto

c)

Chairil Anuar

d)

Hamka

32.

Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Matlamat pertubuhan ini ialah

a)

menerapkan nilai Islam dalam kehidupan

b)

mempertahankan nilai kehidupan Islam

c)

menyebarkan Islam yang sebenar

d)

menghindari ancaman sekularisme barat

33.

Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai Mandrin di Vietnam bermatlamat

a)

mengekalkan kedudukan mereka dalam pentadbiran

b)

memulihkan sistem pemerintahan beraja

c)

mempertahankan penguasaan ekonomi

d)

menjamin pengekalan nilai hidup tradisional

34.

Perjuangan gerakan nasionalisme di Burma pada tahap pertama berkisar di sekitar

a)

pengekalan tradisi Buddha

b)

memajukan pendidikan

c)

penerusan pemerintahan beraja

d)

isu kasut

35.

Laporan Montagu-Chelsford


Muncul gerakan nasionalisme bersifat radikal di Burma


Intipati laporan di atas ialah

a)

Burma perlu terus berada dibawah penjajahan British

b)

ketidaksediaan Burma mentadbir sendiri negaranya

c)

pentadbiran beraja di Burma perlu dipertahankan

d)

perlu ada pegawai British dalam pentadbiran Burma

36.

Mengapakah muncul gerakan menentang pemisahan Burma dengan India?

a)

Rakyat Burma belum mampu mentadbir sendiri.

b)

Burma akan ditadbir secara berasingan.

c)

Melewatkan kemerdekaan Burma.

d)

Burma akan kehilangan punca ekonomi.

37.

1932 - Revolusi Thai yang diketuai oleh Parti Rakyat


Kesan daripada peristiwa di atas ialah

a)

Thai memperolehi kemerdekaannya.

b)

ekonomi Thai dikuasai penduduk tempatan.

c)

pengaruh golongan bangsawan merosot.

d)

sistem raja berkuasa mutlak tamat.

38.

Thailand telah bekerjasama dengan Jepun. Hasil daripada kerjasama ini ialah

a)

Thailand tidak dijajah oleh Jepun.

b)

Jepun berjanji membantu Thailand daripada ancaman barat.

c)

Thailand berjaya mendapatkan semula wilayahnya di Indochina dan Tanah Melayu.

d)

Jepun bersedia memajukan Thailand.

39.

Majlis Am Sangha Sametggi

Katipunan

Parti Komunis Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


Ciri-ciri persamaan parti politik di atas ialah

a)

kemerdekaan melalui revolusi

b)

penubuhan kerajaan berbentuk republik

c)

pemimpin berhaluan sederhana

d)

bekerjasama dengan penjajah

40.

Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara telah berubah kepada gerakan bercorak radikal pada tahap kedua. Perubahan ini berlaku kerana

a)

pertambahan bilangan nasionalis yang berpendidikan tinggi.

b)

penjajah bertindak menangkap pemimpin nasionalis.

c)

terpengaruh dengan gerakan radikal di luar negara.

d)

gerakan tahap pertama tidak meninggalkan kesan kepada penjajah.