NEW
Font size
WorksheetsKuiz Biologi T4 Bab 7 : Respirasi Siri 2
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Pada hujung minggu, Fattah mendaki gunung bersama rakan-rakannya. Semakin menghampiri puncak gunung, dia mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas. Apakah sebabnya?
Bilangan alveolus semakin berkurang.
Bilangan eritrosit yang rendah.
Tekanan separa oksigen semakin berkurang apabila altitud bertambah.
Nodus sinoatrium gagal berfungsi dengan baik.
Rajah menunjukkan insang ikan. Antara bahagian P, Q, R dan S yang manakah tempat berlaku kadar pertukaran gas yang paling tinggi?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan keratan alveolus dan kapilari darah. Pernyataan manakah yang benar?
Darah di P mempunyai kepekatan karbon dioksida yang rendah
Darah di Q mempunyai kepekatan karbon dioksida yang tinggi
Darah di Q mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi
Darah di P mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi
Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan kandungan oksigen dalam udara hembusan menggunakan tiub J. Gambar menunjukkan keputusan. Apakah peratus oksigen di dalam udara hembusan?
5
10
20
25
Bagaimanakah seekor ikan memaksimukan kecekapan pertukaran gas?
Penutupan mulut dan operkulum
Pembukaan mulut dan operkulum
Arah pengaliran air dan darah yang bertentang melalui insang
Arah pengaliran air dan darah yang sama melalui insang
Apakah yang berlaku ke atas struktur P semasa menghembus nafas?
Mengendur dan mendatar
Mengecut dan mendatar
Mengendur dan berbentuk kubah
Mengecut dan berbentuk kubah
Rajah menunjukkan pokok padi di sawah padi. Apakah produk respirasi di P dan Q?
P - Asid laktik dan oksigen; Q - Asid laktik dan karbon dioksida
P - Karbon dioksida dan air; Q - Etanol dan karbon dioksida
P - Asid laktik dan karbon dioksida; Q - Karbon dioksida dan air
P - Etanol dan karbon dioksida; Q - Karbon dioksida dan air
Seorang atlet berlari dalam acara 100 meter. Pada urutan manakah berlakunya perubahan-perubahan ini?
S, R, Q, P
R, S, P, Q
Q, P, R, S
S, Q, R, P
