Font size
WorksheetsKuiz #justseniathome 1
Total questions: 35
Worksheet time: 1hrs 10mins
Apakah nama pakaian tradisional kaum Cina Peranakan?
Baju kebaya Nyonya
Baju kebaya pendek
Baju kebaya labuh
Baju ceongsam
Pilih pasangan pakaian tradisional lelaki dan perempuan yang betul.
Dothi - Souva
Gaung - Kalambi
Ceongsam - Samfu
Ngepan - Sinompukung
Apakah nama perhiasan di atas?
Marek empang
Rawai
Lampit
Buah pauh
Apakah peranan keris selain digunakan sebagai senjata?
Upacara adat istiadat
Jampi
Berburu
Bergaya
Siapakah tokoh budaya yang menghasilkan buku "Busana Melayu Johor"?
Azah Aziz
Tennas Effendi
Hamzah Hussin
Siti Zainol Ismail
Apakah motif anting-anting yang merupakan perhiasan diri bagi kaum Cina?
Organik
Teratai
Geometri
Buah mangga
Apakah ciri-ciri Baju Kurung Kedah?
Berleher cekak musang
Baju mempunyai kekek dan pesak
Dipadankan dengan kain bersusun tepi
Dipadankan dengan kain lipatan bertangkup
Apakah nama perhiasan diri tersebut?
Sigal
Gendik
Tengkolok
Penutup kepala
Baju Melayu mempunyai lima butang sejajar.
Pernyataan di atas merujuk kepada ________.
Baju Sikap
Baju Riau Pahang
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Cekak Musang
Apakah pakaian yang dipakai oleh lelaki kaum India?
Kalambi
Samfu
Dhoti
Sari
Pilih padanan motif yang betul.
Melayu - Pending (motif teratai)
India - Gelang (motif buah mangga)
Kadazan - Siung (motif organik)
Iban - Pauh (motif geometri)
Masih mengekalkan gaya seni moden Barat di samping kesenian tradisi dan Islam sebagai sumber inspirasi dalam berkarya.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Era 1960-an
Era 1970-an
Era 1980-an
Era 1990-an
Apakah perbezaan Baju Melayu Teluk Belanga dengan Baju Melayu Cekak Musang?
Baju Melayu Cekak Musang mempunyai pesak
Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai lima butang
Tengkolok dipakai dengan Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Cekak Musang dipakai dengan samping di luar
Kebanyakkan pelukis pada era 1970-an menggunakan tema ______________ dalam menghasilkan karya.
Digital
Landskap
Warisan
Identiti kebangsaan
Apakah teknik yang digunakan oleh seni lukis media baharu dalam penghasilan karya?
Teknik garisan
Teknik corengan
Teknik lukisan digital
Teknik basah atas kering
Apakah aliran seni lukis pada era 1960-an?
Pluralis
Naturalisme
Imperialisme
Ekspresionisme
Pengkarya tanah air Jalaini Nor Hassan telah menghasilkan karya ___________.
Lidi (pastel)
Kelambu (pastel)
Ikan kekek (arang)
Lombong bijih timah (cat air)
Pelukis tempatan yang manakah mengaplikasikan teknik hibrid dalam karya hasilnya?
Yong Mun Seng
Hasnul Jamal Saidon
Abdul Latiff Mohidin
Abdullah Ariff
Apakah era yang menimbulkan kebangkitan seni Islam?
Era 1960-an
Era 1970-an
Era 1980-an
Era 1990-an
Pelukis tempatan telah menghasilkan pelbagai karya seni ___________ melalui media campuran, media baharu, dan teknik lukisan digital serta teknik hibrid.
Kontemporari
Konvensional
Tradisional
Ekspresionisme
Namakan pakaian tradisional kaum Melayu di Malaysia.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Baju Melayu teluk belanga
Baju kurung Kedah
Baju kebaya
Baju gagong
Nyatakan perhiasan diri mengikut kaum bagi jantina lelaki untuk kaum Melayu.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Nyatakan perhiasan diri mengikut kaum bagi jantina lelaki untuk kaum Cina.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Nyatakan perhiasan diri mengikut kaum bagi jantina lelaki untuk kaum India.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Nyatakan perhiasan diri mengikut kaum bagi jantina lelaki untuk kaum Iban.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Apakah perhiasan kaum Melayu?
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Apakah media yang boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan?
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Pensel
Arang
Pastel
Cat minyak
Nyatakan teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Teknik garisan silang pangkah
Teknik gosokan
Teknik titik
Teknik impasto
Pilih maklumat tentang perkembangan seni lukisan tempatan dalam era 1960-an.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Pengaruh barat dengan aliran ekspresionisme dalam kalangan pelukis yang melanjutkan pelajaran ke luar negara
Pengaruh barat dengan aliran abstrak ekspresionsme dalam kalangan pelukis yang melanjutkan pelajaran ke luar negara
Kebangkitan seni Islam
Kepelbagaian stail dalam mencari identiti yang mencerminkan nilai bangsa, masyarakat, budaya dan agama
Pilih maklumat tentang perkembangan seni lukisan tempatan dalam era 1980-an.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Pengaruh barat dengan aliran ekspresionisme dalam kalangan pelukis yang melanjutkan pelajaran ke luar negara
Pengaruh barat dengan aliran abstrak ekspresionsme dalam kalangan pelukis yang melanjutkan pelajaran ke luar negara
Kebangkitan seni Islam
Kepelbagaian stail dalam mencari identiti yang mencerminkan nilai bangsa, masyarakat, budaya dan agama
Pakaian tradisional sesuatu bangsa mencerminkan jati diri masyarakat pemiliknya.
Bagaimanakah penerapan nilai adab dan tatasusila dapat dikaitkan dengan pemakaian tersebut?
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Kesopanan rekaan pakaian tersebut
Konsep rekaan yang besederhana
Rekaan menggambarkan budaya yang diamalkan
Rekaan yang moden dan menunjukkan aurat
Pilih pernyataan yang betul
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Dengan mengetahui dan mengkaji sejarah pakaian tradisional sesuatu kaum, kita dapat membentuk kesedaran budaya.
Setiap kaum atau etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang serupa.
Pakaian ceongsam dipakai oleh wanita Cina.
Baju Gagung oleh kaum lelaki suku Iban diperbuat daripada kulit haiwan.
Sia Id Sahom dan Sia ialah pakaian kaum Kadazan Papar.
Pilih pernyataan yang betul.
Pilih SEMUA jawapan yang sesuai (boleh pilih lebih daripada satu).
Manik menjadi hiasan utama pakaian kaum Iban.
Pakaian tradisional hari ini hanya dipakai di pesta atau perayaan tertentu sahaja.
Cucuk sanggul berfungsi untuk merapikan sanggul rambut.
Tengkolok ialah topi penutup kepala lelaki.
Pakaian tradisional wanita Melayu ialah baju kebaya.
Hmm... Kenal tak soalan-soalan dalam kuiz ini?
Ya
Tidak
BONUS! Cikgu dapatkan soalan-soalan ini dari mana?
Kertas ujian
FROG VLE
Internet
Buku teks
Buku rujukan
