NEW
Font size
WorksheetsBM : Kata Bilangan Ting 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1 Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
A semua
B seluruh
C separuh
D sesetengah
2 ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
A Setiap
B Segelintir
C Sebilangan
D Sebahagian
3 Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
A berbagai
B pelbagai
C seluruh
D segala
4 ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga
B Tiap-tiap
C Sesetengah
D Kedua-dua
5 Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?
A beberapa
B keempat
C separuh
D berapa
6 _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
A Seluruh
B Ribuan
C Setengah
D Beberapa
7 Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit angin ahmar.
A berhari-hari
B berabad-abad
C bertahun-tahun
D berkurun-kurun
8 ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
A Pelbagai Ö setiap
B Berbagai Ö semua
C Beberapa Ö segala
D Pelbagai Ö segala
9 _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
A Tiga suku Ö sekalian
B Setengah Ö beberapa
C Seluruh Ö sekalian
D Seluruh Ö setiap
10 Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A sebahagian
B sesetengah
C beberapa
D ribuan
11 ______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para
B Setiap
C Ribuan
D Setengah
12 Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A separuh
B beberapa
C sebahagian
D semua
13 Pihak imigresen memeriksa _______________badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
A seluruh
B setengah
C segelintir
D beberapa
14 Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
A beberapa
B beribu-ribu
C berkali-kali
D beratus-ratus
15 ______________hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A Para-para
B Setengah
C Segala
D Para
16 _________________hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli belah.
A Semua
B Setiap
C Setengah
D Beberapa
17 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau Kuning.
A puluhan
B ribuan
C setiap
D separa
18 _____________buah tong hilang dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan di tepi belukar itu.
A Beberapa
B Setengah
C Separuh
D Sebahagian
19 _______________kali selepas bersolat , dia mengangkat __________belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa Ö kedua-dua
B Pertama Ö semua
C Setiap Ö kedua-dua
D Setengah-setengah Ö dua
20 _____________pandangannya menjadi gelap apabila ___________belah matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh Ö kedua-dua
B Kedua-dua Ö seluruh
C Setiap Ö kedua-dua
D Sesetengah Ö semua
