NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja Berimbuhan "ter-"
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kereta Toyota Almera yang hilang kawalan itu ____________ ke dalam gaung yang curam itu.
terperosok
terbabas
terjunam
tergelincir
Encik Ali ____________ akar pokok ketika berjoging di taman rekreasi.
terhantuk
tersadung
terkecur
tersentuh
Kata-kata yang ____________ daripada mulutnya telah menggores perasaan ibunya.
terdetik
terdetak
terdetus
terpacul
Osman ____________ apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin di perhimpunan.
tersentak
tercengang
terkejur
tersedak
Ibu berasa teramat sedih apabila melihat abang yang ____________ di atas katil selepas pembedahan kaki di wad kecemasan itu.
terlelap
terlantar
terbaring
tertidur
Adik suka pulang ke kampung untuk melihat sawah padi datuk yang ____________ luas.
tertanam
terbungkam
terhampar
terlentang
Para pelancong mengerumuni kawasan tepi pantai untuk melihat kapal laut yang ____________ di situ.
tersadai
terbiar
terletak
terbantut
Aiman jatuh ____________ ketika menuruni anak tangga itu dengan perlahan.
tersembam
terjerumus
terperosok
terjelepok
Kaki Nek Sinah ____________ ke dalam lubang tandas kerana jatuh tergelincir.
terhantuk
terjunam
terjerlus
terhumban
Selepas menamatkan larian merentas desa sejauh lapan kilometer, Afiqah duduk ____________ di hadapan khemah rumah sukannya.
tertiarap
terlunjur
terlentang
tersembam
