Worksheetsperibahasa/penjodoh bilangan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud peribahasa "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah "
Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya cantik.
Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal
Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu
Apakah peribahasa yang sesuai bagi maksud " Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah"
ikan pulang ke lubuk
Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Nyatakan peribahasa lain yang sama maksud atau yang hampir sama maksud dengan peribahasa berikut. " Gagak pulang ke benua"
belut pulang ke lumpur
usaha tangga kejayaan
sireh pulang ke gagang
maksud peribahasa " ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk"
sentiasa gelisah dan tidak tenteram
ada tujuan atau maksud tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri
Apakah peribahasa yang sesuai bagi maksud "Sikap atau tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga"
bagaimana ditanam, begitulah ditunai
Patah hati
bertangguh itu pencuri masa
apakah maksud " Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga"
Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
perbuatan yang salah sehingga memalukan diri dan keluarga
orang yang kuat perpegang pada adat.
"masyarakat sekarang hanya mementingkan diri sendiri" keluh Encik Amin.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi diatas?
seperti kaca terhempas ke batu
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Belakang parang, kalau diasah nescaya tajam
isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Nek Jah : orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia. Mereka lebih suka kan budaya barat. Mereka sepatutnya menjunjung budaya dan adat tempatan kerana ___________________________.
duduk sama rendah berdiri sama tinggi
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Diantara berikut peribahasa manakah yang sesuai dengan ayat di bawah "
Setelah berjaya menjawat jawatan tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sedang sakit.
ibarat menarik rambut
rambang mata
ulat lupakan daun
baca dialog dibawah nyatakan peribahasa yang sesuai.
Kim ; Kita mestilah berikhtiar untuk menyelamatkan rakan-rakan ysng tersesat di dalam hutan itu.
bagai aur dengan tebing
mencari jalan
bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat
apakah maksud peribahasa " ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya"
Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan
penjodoh bilangan " urat " digunakan untuk ___________________
sekumpulan manusia atau benda
menunjukkan benda-benda yang panjang
kedudukan benda/manusia yang berbaris
benda-benda yang halus dan panjang
penjodoh bilangan " hiris " digunakan untuk ___________________
jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
untuk benda-benda yang bergulung
benda-benda yang dipotong dengan kecil-kecil
untuk benda-benda yang digenggam
penjodoh bilangan " carik" digunakan untuk ___________________
untuk benda-benda yang terbentang luas
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
benda-benda yang dikoyakkan
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
penjodoh bilangan " berkas" digunakan untuk ___________________
buah yang bertongkol
benda-benda yang diikat bersama-sama
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
benda yang diambil sedikit dengan jari
