wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Dulang tembaga di dalam almari itu ... sahaja kerana sudah lama tidak digilap.

a)

muram

b)

kusam

c)

malap

d)

suram

2.

Kebun sayuran itu memberikan hasil yang ... kepada Pak Abu.

a)

lumayan

b)

untung

c)

bersih

d)

kasar

3.

Kita tidak akan rugi apa-apa jika suka merendahkan diri tetapi kita akan menjadi manusia yang ... jika suka berlahak sombong dan angkuh.

a)

benci

b)

sinis

c)

hina

d)

tiris

4.

Kamu hendaklah ... bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

a)

ceria

b)

sesuai

c)

selesa

d)

yakin

5.

Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.

a)

laju

b)

licin

c)

halus

d)

santai

6.

Jarak di antara rumah Didi dan rumah kawan baiknya itu agak ... juga, iaitu kira-kira lima kilometer.

a)

jauh

b)

lebar

c)

sayup

d)

panjang

7.

Lidah adik berasa ... setelah memakan tiga potong nanas muda yang dicecah dengan garam

a)

pedar

b)

kelat

c)

lidas

d)

liar

8.

Suasana di stadium itu ... semula setelah kesemua penonton beredar selepas perlawanan bola itu berakhir.

a)

luas

b)

lebar

c)

lapang

d)

lengang

9.

Mak Kiah ... kerana suaminya masih belum pulang dari pejabat sedangkan hari sudah jauh malam.

a)

waswas

b)

sukar

c)

gusar

d)

aneh

10.

Musa berasa ... apabila terkenang akan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

a)

cuak

b)

sayu

c)

sesal

d)

sangsi

11.

Telinga Hadif ... mendengar jeritan anak-anak saudaranya yang sedang seronok bermain kejar-kejar.

a)

tuli

b)

bingit

c)

bising

d)

riuh

12.

Ibu memerahi adik kerana bajunya ... akibat bermain dalam hujan lebat.

a)

lencun

b)

dingin

c)

lusuh

d)

carik

13.

Harga pakaian di Mydin ... betul kerana diberikan potongan harga sebanyak 70 peratus.

a)

kurang

b)

sedikit

c)

singkat

d)

murah