Font size
WorksheetsPASARAN
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Nyatakan maksud permintaan
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu
Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu
Semakin tinggi harga semakin tinggi kuantiti diminta dan sebaliknya
Semakin tinggi harga semakin rendah kuantit diminta dan sebaliknya
Nyatakan maksud penawaran
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu
Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu masa tertentu dan dalam jangka masa tertentu
Semakin tinggi harga,semakin tinggi kuantiti ditawar dan sebaliknya
Semakin tinggi harga,semakin rendah kuantiti ditawar dan sebaliknya
Nyatakan hukum permintaan
Semakin tinggi harga,semakin tinggi kuantiti diminta
Semakin tinggi harga,semakin rendah kuantiti diminta
Semakin rendah harga,semakin rendah kuantiti diminta
Semakin rendah harga,semakin tinggi kuantiti diminta
Nyatakan hukum penawaran
Semakin tinggi harga,semakin tinggi kuantiti ditawar
Semakin tinggi harga,semakin rendah kuantiti ditawar
Semakin rendah harga,semakin tinggi kuantiti ditawar
Semakin rendah harga semakin rendah kuantiti ditawar
Nyatakan bentuk keluk permintaan
Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Keluk bersifat positif
Keluk bersifat negatif
Nyatakan bentuk keluk penawaran
Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Keluk bersifat positif
Keluk bersifat negatif
Nyatakan penentu permintaan
Harga barang itu
Harga barang lain
Bukan harga barang itu
Bukan harga barang lain
Nyatakan penentu permintaan bagi bukan harga barang itu
Harga barang lain
Cita rasa
Pendapatan
Cuaca
Nyatakan maksud perubahan dalam kuantiti diminta
Peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal
Perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama
Nyatakan maksud perubahan permintaan
Peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal
Perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama
Nyatakan apakah sebab keluk permintaan bergerak ke kiri
Harga barang pengganti naik
Pendapatan turun
Cita rasa yang menggalakkan
Harga dijangka naik pada masa depan
Nyatakan apakah sebab keluk permintaan bergerak ke kanan
Pemberian bantuan kerajaan
Kadar cukai pendapatan naik
Musim yang tidak baik
Harga barang penggenap naik
