Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM T4B3 PERANG DUNIA (M/S 50-67)

Total questions: 9

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914

Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut? (BT hal. 54)

a)

Pearl Harbour diserang

b)

Wilayah Jerman diceroboh

c)

Perancis bersekutu dengan Rusia

d)

Bakal raja Austria-Hungry dibunuh

2.

Bagaimanakah tokoh yang berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? (BT hal. 58)

a)

Mengadakan referendum

b)

Memulihkan sistem monarki

c)

Mengukuhkan angkatan tentera

d)

Membangunkan industri baharu

3.

Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson

Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama. (BT hal. 56)

Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut?

a)

Sistem monarki

b)

Pengharaman amalan realpolitik

c)

Penyatuan rakyat melalui agama

d)

Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

4.

Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah turut memberi kesan terhadap negara kita.

Berikut merupakan kesan Perang Dunia Pertama : (BT hal. 57)

I British mengabaikan pentadbiran Tanah Melayu

II Muncul semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat

III Raja-raja Melayu menandatangani perisytiharan perang

IV Kemakmuran ekonomi negeri Melayu dimanipulasi oleh British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Enakmen Undang-Undang Islam 1904.


Apakah tujuan British memperkenalkan undang-undang tersebut?

a)

Menghapuskan pergolakan politik Timur Tengah

b)

Membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah

c)

Mengawal perasaan benci penduduk Islam terhadap British

d)

Mengawal kebebasan masyarakat Islam sebelum Perang Dunia ke-2

6.

Senaraikan 2 badan penyiasat yang ditubuhkan oleh pihak British bagi mengawal gerakan Islah Islamiah

a)

Biro Siasatan Politik

b)

Jabatan Siasatan Jenayah

c)

Jabatan Siasatan Sosial

d)

Biro Siasatan Penulisan

7.

"Sesiapa mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara."


British telah mengeluarkan arahan tersebut dalam usaha membendung gerakan Islam dari Timur Tengah. Apakah udang-undang tersebut?

a)

Akta Siasatan Islamiyah 1901

b)

Akta Undang-Undang Kawalan 1903

c)

Enakmen Undang-Undang Islam 1904

d)

Enakmen Undang-Undang Politik Islam 1902

8.

Mengapakah kesedaran kebangsaan tidak meluas dalam akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

Kewujudan undang-undang

b)

Masyarakat tidak bersatu padu

c)

Kesedaran orang Melayu tidak meluas

d)

British mengongkong aktiviti orang Melayu

9.

Antara berikut, manakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama. (klik 2 faktor)

a)

Peranan Media Cetak

b)

Krisis Rantau Balkan

c)

Persaingan kuasa imperialis

d)

Pengaruh Luar dan Serantau