Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B3T4 QZ1 KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah ialah faktor perang dunia pertama?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Perebutan takhta

b)

Krisis rantau Balkan

c)

Pengeboman Pearl Habour

d)

Pakatan ketenteraan

2.

Apakah yang menyebabkan berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan mendapatkan tanah jajahan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

3.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

4.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Amerika Syarikat, Perancis dan Belgium

b)

Austria Hungary, Itali dan Jerman

c)

Jerman, Itali dan Jepun

d)

Britian, Perancis dan Rusia

5.

Apakah DUA prinsip utama Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson?

a)

sempadan negara berasaskan bangsa

b)

penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

c)

kehebatan negara berdasarkan penguasaan tanah jajahan

d)

kesedaran semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat

6.

Apakah implikasi daripada Perjanjian Versailles 1919 terhadap Jerman?

Pilih jawapan yang tepat.

a)

Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang

b)

Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

c)

Mengehadkan saiz angkatan tentera

d)

Semua jawapan adalah betul.

7.

Perang Dunia Pertama telah menamatkan sistem pemerintahan beraja di Eropah KECUALI

a)

Kerajaan Republik Jerman didirikan

b)

Pemerintahan Dinasti Hansburg berakhir

c)

Kerajaan komunis pertama terbentuk di Rusia

d)

Penubuhan negara baharu seperti Poland

8.

Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai kemunculan ideologi baharu iaitu fasisme?

a)

Gerakan fasisme di bawah pimpinan Vladimir Lenin

b)

Memberikan keutamaan kepada kepentingan negara

c)

Memulihkan nasionalisme di Jerman

d)

Persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan

9.

Perang Dunia Kedua tercetus apabila Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Pilih TIGA faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

a)

Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

b)

Penyertaan Itali dalam perang di Eropah

c)

Serangan Jerman terhadap Rusia

d)

Kerjasama kuasa besar

10.

Antara berikut merupakan faktor berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah KECUALI

a)

Kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera

b)

Kegagalan operasi menawan Rusia

c)

Kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu

d)

Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik

11.

Antara berikut, yang manakah bukan negara baharu yang lahir daripada keruntuhan empayar Austria-Hungary?

a)

Czechoslovakia

b)

Hungary

c)

Yugoslavia

d)

Latvia

12.

Kerajaan komunis pertama di dunia terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Pilih pernyataan yang betul mengenai Perang Dunia Kedua. Jawapan anda boleh lebih daripada satu.

a)

Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler

b)

Gerakan fasisme di bawah pimpinan Vladimir Lenin

c)

Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah

d)

Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa

14.

Serangan besar-besaran dilakukan oleh Jerman untuk menawan Rusia. Apakah operasi tersebut?

a)

Kod D-Day

b)

Operasi Hammer

c)

Operasi Barbarossa

d)

Serangan Blitzkreig

15.

Perkataan di bawah membawa maksud serangan kilat.

a)

Blitzkrieg

b)

Barbarossa

16.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Presiden Amerika Syarikat - Winston Churchill

b)

Perdana Menteri Britain - Joseph Stalin

c)

Presiden Rusia - Franklin Roosevelt

d)

Pemimpin Jerman - Adolf Hitler

17.

Operasi Barbarossa menyasarkan bandar utama di Rusia KECUALI

a)

Leningrad

b)

Stalingrad

c)

Rhineland

d)

Moscow

18.

Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis. Apakah operasi tersebut?

a)

Kod D-Day

b)

Serangan kilat

c)

Operasi Barbarossa

d)

Serangan Blitzkrieg

19.

Apakah slogan yang digunakan dalam setem pos Jerman pada tahun 1938?

a)

Berani Kerana Benar

b)

Persepakatan dua kuasa

c)

Dua orang dan satu perjuangan

d)

Kawasan Kesemakmuran Bersama

20.

Apakah DUA sebab utama Jerman mengalami kekalahan dalam operasi menawan Rusia ketika Perang Dunia Kedua?

a)

Kehilangan banyak nyawa tentera

b)

Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler

c)

Kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu

d)

Kegagalan perjanjian perlucutan senjata