NEW
Font size
WorksheetsUji Bahasa 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.
perkauman
peribadi
kesukuan
persefahaman
Azizah membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
diminta
diarahkan
diugut
disergah
Datuk Jamhari cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.
sedih
kesedihan
bersedih
menyedihkan
Para pejuang sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi ________________ negara.
bertahankan
mempertahankan
pertahanan
dipertahankan
Berita sedih itu menyebabkan tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.
sepotong
sepatah
sebaris
seayat
Persembahan bertenaga oleh penyanyi itu mendapat tepukan _____________ daripada para penonton.
gemuruh
amarah
gembira
guruh
Para pemantun perlu mendapat _______ untuk menghasilkan pantun yang menarik
pendapat
hasrat
hajat
ilham
Internet merupakan saluran yang ______ penting untuk memperolehi maklumat.
nian
sungguh
sungguh amat
sekali
__________ haram sukar memasuki perairan negara kerana kawalan ketat oleh polis marin.
Penduduk
Pendatang
Penghuni
Manusia
Sejak negara dilanda wabak Covid 19, ayah ______ pulang lewat kerana bertugas di barisan hadapan.
kerap
agak-agak
tidak
mungkin
Lelaki yang tidak siuman itu mengacu-acukan se________ parang kepada orang ramai.
batang
ulas
potong
bilah
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah…
pipit hendak menjadi enggang.
seperti lembu dicucuk hidung.
bunga disunting, perdu dibuang.
bagai pinang di belah dua.
Saya suka akan Cikgu Salbiah kerana ...... guru yang tegas dan berdedikasi.
ia
dia
kamu
beliau
__________ itu dapat menempatkan kira-kira 500 orang penonton.
Dewan
Surau
Pasar raya
Teratak
Murid yang baru berpindah ke sekolah kami itu tinggi seperti __________.
kayu
galah
buluh
lidi
Pameran barang-barang prasejarah yang ditemui di Gua Niah telah diadakan di __________.
Zoo Negara
Dewan Negara
Arkib Negara
Muzium Negara
Pak Cik Seman memikul se __________ rotan untuk dijual di Pekan Sabtu.
berkas
baris
urat
tandan
Fatih _______ rambutnya di kedai gunting rambut.
memangkas
meratakan
menarah
menyiang
Kedatangan Datuk Zailan disambut dengan ______ kompang.
paluan
hentakan
dendangan
ketukan
Encik Rizal bekerja sebagai ____________ beca di Bandar Melaka.
pengayuh
penunggang
penarik
penumpang
