WorksheetsSAINS TING 4 KUIZ REVISI BAB 1-3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Peralatan perlindungan diri yang berikut digunakan di makmal sekolah kecuali
Kot makmal
Topeng muka
Topi keselamatan
Sarung tangan getah
Antara bahan sisa berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki makmal?
Petrol
Larutan natrium klorida
Asid sulfurik pekat
Larutan natrium hidroksida pekat
Semasa sekumpulan murid menjalankan eksperimen di makmal, sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah. Antara tindakan berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan oleh murid tersebut?
Taburkan serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan
Kutip serpihan kaca dan tumpahan merkuri menggunakan tangan.
Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
Maklumkan kepada guru dengan segera.
Antara pemadam kebakaran berikut, yang manakah paling sesuai untuk memadam api yang berpunca daripada peralatan elektrik?
Pemadam kebakaran jenis air
Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida
Pemadam kebakaran jenis buih
Pemadam kebakaran jenis serbuk kering
Semasa melakukan pengauditan pemadam kebakaran, perkara-perkara berikut akan diperiksa, kecuali
Tarikh luput
Pembekal pemadam
Bilangan pemadam
Jenis pemadam
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?
Sembur dengan buih
Selimutkan dengan selimut kebakaran
Guna pasir untuk memadamkan api
Guna air untuk memadamkan api
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepada dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Apakah nisbah mampatan dada kepada bantuan pernafasan yang betul yang digunakan dalam CPR bagi seorang mangsa dewasa?
2 mampatan : 30 bantuan pernafasan
5 mampatan : 1 bantuan pernafasan
15 mampatan : 2 bantuan pernafasan
30 mampatan : 2 bantuan pernafasan
Satu siri tujahan abdomen disebut …
CPR
mampatan
tercekik
Heimlich Manoeuvre
Ayah Azmin tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, apakah yang perlukan dilakukan Azmin terlebih dahulu?
Mulakan CPR dengan 30 mampatan dada
Berikan 5 kali bantuan pernafasan
Berikan 2 kali bantuan pernafasan awal
Hubungi 999 meminta defibrilator luaran automatic(AED) dan ambulans
Apakah kepentingan CPR?
Menyediakan bekalan darah dan oksigen yang kecil ke otak dan organ penting
Menghalang aorta daripada runtuh
Mengekalkan degupan jantung
Menghalang serangan jantung
Apakah petanda universal seseorang itu tercekik
Memegang leher dengan satu atau dua tangan
Menutup kedua-dua mata
Menggosok leher dengan satu tangan
Melambai kedua-dua tangan di udara
Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manoeuvre ke atas mangsa yang tercekik?
Bersandar di dinding
Duduk di atas kerusi
Berbaring di atas lantai
Berdiri tegak
Apabila melakukan Heimlich Manoeuvre, genggaman satu tangan perlu diletakkan di …… mangsa.
bawah pusat
atas pusat
atas dada
tengah belakang
Rajah menunjukkan sebuah termometer klinik. Mengapakah termometer klinik mempunyai bebuli yang nipis?
Memudahkan untuk membaca bacaan
Mengesan perubahan suhu yang kecil
Mengesan aras merkuri
Memudahkan pengukuran
Mengapakah suhu badan manusia meningkat melebih 37°C semasa demam?
Suhu optimum bagi badan manusia
Mencegah pertumbuhan patogen
Meningkatkan kadar peredaran darah
Mengurangkan risiko kecederaan
Apakah kadar denyutan nadi normal bagi orang dewasa dalam seminit?
50 - 60
60 - 80
90 - 100
110 - 120
Antara berikut, yang manakah tekanan darah normal?
140/100 mmHg
130/90 mmHg
120/80 mmHg
90/50 mmHg
Benedick mempunyai berat badan 85 kg dan tinggi 173 cm. Hitungkan BMI Benedick.
0.49 kg m-2
25.4 kg m-2
28.4 kg m-2
49.1 kg m-2
Jika BMI Syazlina ialah 26.5 kg m-2 , apakah status BMI nya ?
kurang berat
normal
berat berlebihan
obes
