NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 4
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Dalam penulisan sesebuah rumusan, rumusan yang lengkap mempunyai ____ perenggan.
satu
dua
tiga
empat
Panjang sesebuah penulisan rumusan ialah ...
melebihi 120 patah perkataan
tidak melebihi 120 patah perkataan
kurang daripada 100 patah perkataan
tidak melebihi 100 patah perkataan
Apakah kata kunci yang sinonim dengan perkataan sebab-sebab?
implikasi-implikasi
faedah-faedah
faktor-faktor
usaha-usaha
Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan kelebihannya kepada para pelajar.
Berdasarkan tajuk rumusan di atas, yang manakah cara penulisan rumusan yang betul?
Rumusan membincangkan kesan-kesan guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Rumusan membincangkan punca-punca guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Rumusan membincangkan tentang punca-punca guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Petikan membincangkan punca-puna guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Berapakah isi tersurat yang maksimum diperlukan dalam penulisan sesebuah rumusan yang lengkap?
5 isi
6 isi
7 isi
8 isi
Sekiranya isi tersurat penulisan kamu ialah 6, berapakah isi tersirat yang diperlukan dalam sesebuah rumusan?
1 isi
2 isi
3 isi
4 isi
Apakah elemen yang perlu ada dalam perenggan penutup sesebuah rumusan?
cadangan dan harapan
pihak yang terlibat dan cadangan
peribahasa
pihak yang terlibat, cadangan dan harapan
Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan kelebihannya kepada para pelajar.
Berdasarkan tajuk rumusan di atas, bagaimanakah cara permulaan untuk menulis bahagian isi tersurat yang betul?
Antaranya ialah...
Antara sebab-sebab guru harus dihormati ialah...
Antara sebab guru harus dihormati ialah...
Sebab-sebab guru harus dihormati ialah...
Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan ialah...
Subjek + Keterangan
Subjek + Predikat
Frasa Nama + Keterangan
Predikat + Frasa Kerja
Musdalifah menanam pokok bunga di halaman rumah.
Berdasarkan binaat ayat di atas, yang manakah elemen predikat?
Musdalifah
Musdalifah menanam
di halaman rumah
menanam pokok bunga di halaman rumah.
Kata kerja transitif aktif ialah...
kata kerja yang memerlukan objek dan boleh dipasifkan
kata kerja yang memerlukan pelengkap
kata kerja yang tidak memerlukan pelengkap
kata kerja yang tidak memerlukan objek
Yang manakah antara pilihan jawapan di bawah tergolong dalam akronim cantuman suku kata perkataan?
jenama
pawagam
jentolak
SPM
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kata ganti nama diri pertama?
kami
kita
kalian
patik
Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam kata nama am hidup?
Sang Kancil
kucing
pejabat
kayu
Tenaga pengajar Tadika Sahsiah berkomunikasi dalam dwi bahasa untuk mendidik kanak-kanak yang beusia antara empat hingga enam tahun mahir dalam pelbagai bahasa.
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang bergaris.
dwi bahasa - dewibahasa
beusia - ber usia
dwi bahasa - diwibahasa
beusia - ber rusia
dwi bahasa - dwibahasa
beusia - berusia
dwi bahasa - dwi-bahasa
beusia - ber-usia
Harga bagi sebuah rumah lot bumiputra yang kemajuan oleh Rini Holdings ialah sekitar RM100,000 manakala sebuah rumah lot antarabangsa harganya sekitar RM150,000.
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang bergaris.
bumiputra - bumiputera
kemajuan - dimajukan
bumiputra - bumi putera
kemajuan - majukan
bumiputra - bumi putra
kemajuan - dimaju
bumiputra - bumi-putera
kemajuan - memajukan
Demi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan terjamin, Jawatankuasa Audit Kesihatan akan mengunjungi ke semua hospital seluruh negeri dalam jam terdekat.
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang bergaris.
mengunjungi - dikunjungi
jam - keadaan
mengunjungi - kunjungi
jam - jarak
mengunjungi - menziarah
jam - saat
mengunjungi - berkunjung
jam - tempoh
Sesuatu yang tidak kekal lama.
Ayat di atas sesuai merujuk kepada peribahasa...
Sambil menyelam minum air
Bagai embun di hujung rumput
Cendawan tumbuh selepas hujan
Jika nasib seseorang itu baik maka dia akan beruntung dan jika nasibnya tidak baik dia akan ditimpa kerugian.
Peribahasa yang sesuai untuk merujuk situasi di atas ialah...
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, eloklah lagi di negeri sendiri
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Bagai pahat dengan penukul.
apakah makna peribahasa di atas?
Sesuatu yang tidak kekal lama
Hubungan yang sangat erat
Orang yang bekerja hanya apabila disuruh
