wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ARCA TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Arca ialah

a)

Hasil produk seni berbentuk 1 dimensi

b)

Hasil produk seni berbentuk 2 dimensi

c)

Hasil produk seni berbentuk 3 dimensi

d)

Hasil produk seni berbentuk 4 dimensi

2.

• Dilahirkan pada tahun 1964 di Johor. • Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Halus, UiTM Melaka. • Pengarca yang mempunyai gaya semi abstrak, dengan karya bercirikan tempatan.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan salah seorang pengarca tempatan.Siapakah beliau?

a)

Rosli Zakaria

b)

Ramlan Abdullah

c)

Mad Anuar Ismail

d)

Raja Shahriman Raja Aziddin

3.

Berapakah jenis arca?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

4.

Merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja. Ia mempunyai nilai intelek yang amat tinggi untuk difahami.


Pernyataan di atas adalah berkaitan arca jenis:

a)

Arca stabil

b)

Arca luakan

c)

Arca estetik

d)

Arca berfungsi

5.

Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih besar. Dua teknik yang biasa digunakan ialah berkerangka dan tidak berkerangka. Arca yang berkerangka seperti arca simen, kerangkanya menggunakan dawai dan akan diliputi dengan lapisan simen. Arca yang tiada kerangka dibina dengan kaedah cantuman bahan seperti besi yang boleh dicantumkan dengan teknik kimpalan.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan kaedah asas membentuk arca. Apakah kaedah tersebut?

a)

Luakan

b)

Acuan

c)

Manipulasi

d)

Binaan

6.

Membentuk arca dengan menggunakan kemahiran tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi.


Apakah kaedah asas membentuk arca seperti dalam pernyataan di atas?

a)

Manipulasi

b)

Binaan

c)

Luakan

d)

Acuan

7.

Arca jenis ini boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan dan pergerakannya terhad.


Terdapat pelbagai bentuk arca.Pernyataan di atas berkait dengan bentuk:

a)

Mobail

b)

Timbulan

c)

Asemblaj

d)

Stabail

8.

Proses mengukir dan membuang bahagian yang berlebihan daripada blok bahan.


bentuk arca di atas adalah :

a)

Asemblaj

b)

Acuan

c)

Dinding

d)

Luakan

9.

Involute 4.0, 2005, lasercut mild steel,

90 x 90 x 34 cm


Hasil karya di atas telah dibuat oleh tokoh arca tempatan iaitu :

a)

Abdul Multhalib Musa

b)

Salwa Ayob

c)

Anthony Lau

d)

Zulkifli Yusof

10.

Shamsu Mohamad ialah salah seorang tokoh arca tempatan. Namakan hasil karya beliau:

a)

Merdeka 57

b)

Teko Bunga Terung

c)

Siri Meditasi

d)

Myxomatose

11.
Siapakah pengarca Itali yang teragung pada Zaman Renaissance di Eropah?
a)
Leonardo da Vinci
b)
Tommaso di Giovanni Masaccio
c)
Michelangelo Buonarroti
d)
Raffaello Sanzio
12.
Antara berikut, siapakah bukan pelukis tanah air yang aktif dalam bidang pembuatan arca?
a)
Anthony Lau
b)
Latiff Mohidin
c)
Syed Ahmad Jamal
d)
Chuah Thean Teng
13.
Seni teknik yang boleh bergerak, berputar dan berombak ialah
a)
Arca binaan
b)
Arca stabil
c)
Arca timbulan
d)
Arca mobail
14.
Seni kinetik yang boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan. Arca yang dimaksudkan ialah
a)
arca binaan
b)
arca stabil
c)
arca mobail
d)
arca timbulan
15.
Arca jenis ini biasanya menggunakan lebih daripada satu jenis bahan
a)
arca luakan
b)
arca acuan
c)
arca asemblaj
d)
arca binaan
16.
Arca jenis apakah yang sangat memerlukan alat seperti pahat, penukul, kapak, gergaji dan pengikis?
a)
arca luakan
b)
arca tambahan
c)
arca binaan
d)
arca acuan
17.
Berikut ialah ciri-ciri yang biasa didapati pada arca mobail, kecuali
a)
boleh bergerak
b)
boleh berputar
c)
boleh berombak
d)
boleh berbunyi
18.
Antara arca yang berikut, yang manakah dihasilkan dengan mencantumkan bahagian-bahagian yang berasingan untuk menjadi satu bentuk yang menarik?
a)
Seni land
b)
Arca tambahan
c)
Arca instalasi
d)
Arca asemblaj
19.
Antara berikut, jenis arca yang manakah berbentuk tiga dimensi tersembul keluar atau dipahat ke dalam sekeping blok kayu?
a)
arca stabil
b)
arca dinding
c)
arca timbulan
d)
arca luakan
20.
Antara berikut, yang manakah bukan arca berfungsi?
a)
Arca koleksi di Balai Seni Lukis Negara
b)
Patung kaum Mah Meri dan kaum Jah Hut
c)
Mimbar di masjid
d)
Tugu Negara