NEW
Font size
WorksheetsBM (KATA ADJEKTIF)
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam ________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Tapak tangan Pak Abu ________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Itik mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
kalis
telap
telus
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang _______ itu.
busuk........... tengik
hanyir ........... wangi
hapak ............ harum
hancing ........... mersik
Bangunan yang ______ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
baru
antik
runtuh
retak
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ________
hapak
tengik
hamis
haring
En Haziq memandu van _______ nya itu dengan berhati-hati.
kecil
baharu
usang
elok
Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau _____ tidak sedap untuk dimakan.
hangit
tengik
busuk
basi
Razip terpaksa bercakap dengan nada yang ______ kerana ibunya mengalami masalah pendengaran.
kuat
kasar
tinggi
kesat
Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak _____ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.
pantai
curam
dalam
rendah
Nasir kelihatan sungguh _____ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
kesat
basah
comot
compang
Hazwani berasa _____ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak.
kesian
hampa
hancur
resah
Sambutan murid terhadap kejohanan itu agak ______.
reda
tenang
sejuk
dingin
Sinar mata petani yang _____ itu benar-benar membayangkan kesengsaraan yang ditanggungnya.
gelap
mendung
redup
samar
Suara pengurus bola sepak yang _____ itu dapat didengar hingga hujung padang.
deras
kuat
besar
lantang
Janganlah _______ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.
asyik
tekun
sering
banyak
Tiang-tiang elektrik di tebing itu _____ selepas berlakunya gegaran.
serong
bengkok
bongkok
condong
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang _____ itu.
becak
lembik
lembap
bengkok
Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang _____.
kelat
masam
pahit
masin
Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang _____ dengan barang dapur.
sumbat
sendat
sarat
sendal
