wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 01_Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Murid-murid Tahun 5 Plato mengulang kaji pelajaran di __________________.

a)

pusat beli-belah

b)

pusat sumber

c)

pusat perubatan

d)

pusat komuniti

2.

Ah Keong membaca _________________ di bawah sepohon pokok yang rendang.

a)

buku cerita

b)

buku latihan

c)

buku tulisan

d)

buku tambahan

3.

Puan Yoong menampal hasil kerja murid pada ___________________ di belakang kelas.

a)

papan tanda

b)

papan pameran

c)

papan lapis

d)

papan kenyataan

4.

Sherry membuang sampah ke dalam _______________.

a)

tong air

b)

tong besi

c)

tong minyak

d)

tong sampah

5.

______________________ syarikat itu menikmati cuti selama 5 hari sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

a)

Olahraga

b)

Kakitangan

c)

Suruhanjaya

d)

Pilihanraya

6.

Acara ____________________ merupakan acara kemuncak dalam pertandingan sukan itu.

a)

urusetia

b)

kerjasama

c)

olahraga

d)

sukarela

7.

Encik Ghazali mempunyai lapan orang __________________ yang mahir di syarikatnya.

a)

bumiputera

b)

kakitangan

c)

olahraga

d)

suruhanjaya

8.

Puan Rahila mendaftarkan nama anaknya kepada _________________ peraduan mewarna.

a)

suruhanjaya

b)

antarabangsa

c)

ahli panel

d)

urusetia

9.

Datuk Nicole Ann David telah menempa nama di peringkat _______________________.

a)

antarabangsa

b)

warganegara

c)

sukarela

d)

bumiputera

10.

Sebagai ___________________ Persatuan Bahasa Melayu, Syasya perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Amanda.

a)

setiausaha

b)

kerjasama

c)

tandatangan

d)

tanggungjawab

11.

Ivan Lim mendapat markah yang paling tinggi dalam _________________ Bahasa Melayu.

a)

ulang kaji

b)

mata pelajaran

c)

matahari

d)

kerjasama

12.

Kaum ______________________ di Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai jenis suku kaum.

a)

sukarela

b)

warganegara

c)

antarabangsa

d)

bumiputera

13.

Semua penduduk kampung memberi ___________________ dalam gotong-royong yang dijalankan.

a)

mata pelajaran

b)

kerjasama

c)

tandatangan

d)

sukarela

14.

Elmeza memakai losyen pelembab untuk melindungi kulitnya daripada cahaya ___________________.

a)

sukarela

b)

olahraga

c)

matahari

d)

kakitangan

15.

Ameera menjalankan ____________________ sebagai seorang pengawas dengan penuh dedikasi.

a)

tanggungjawab

b)

kerjasama

c)

kakitangan

d)

sukarela

16.

Nenek menyapukan ____________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian mengemas di dapur.

a)

minyak kelapa

b)

minyak tanah

c)

minyak masak

d)

minyak angin

17.

Shamel membuat ___________________ dengan Doktor William untuk menampal giginya yang berlubang.

a)

temu duga

b)

temu ramah

c)

temu bual

d)

temu janji

18.

Salah seorang _____________________ syarikat kami akan menerima cahaya mata pertama.

a)

tanggungjawab

b)

bumiputera

c)

sukarela

d)

kakitangan

19.

Selepas makan malam, Najib masuk ke _____________________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

a)

bilik mandi

b)

bilik tidur

c)

bilik darjah

d)

bilik guru

20.

Laporan tersebut telah disediakan oleh ______________________ persatuan.

a)

setiausaha

b)

pesuruhjaya

c)

jawatankuasa

d)

kakitangan