wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSI KERTAS 1 SMKSS SET 2

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah contoh bagi Qadar ?

a)

Matahari terbit daripada sebelah timur

b)

Hidup dan mati manusia

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Buruk baik manusia

2.

*Tidak merasa susah melaksanakan perintah ALlah SWT.

*Sanggup berkorban mempertahankan agama Islam


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan iman dalam ...

a)

Mewujudkan kekuatan jiwa

b)

Melakukan amalan malam dengan istiqomah

c)

Menerima Qadha' dan Qadar Allah SWT dengan sabar

d)

Memupuk perasaan kasih sayang sesama makhluk

3.

-Dapat berhubung dengan Allah SWT secara langsung.

-Dapat menjauhkan seseorang daripada perkara keji


Pernyataan di atas merujuk kepada rahmat ...

a)

ILMU

b)

AKHLAQ

c)

IMAN

d)

IBADAH

4.

Pilih proses kejadian manusia menurut Al-Qur'an

a)

Nutfah- 'Alaqoh- Mudhgah- 'Idzomah- Ruh

b)

Nutfah- Mudhgah- 'Alaqoh- 'Idzomah- Ruh

c)

Nutfah- 'Idzomah- Mudhgah- 'Alaqoh- Ruh

d)

Nutfah- 'Alaqoh- 'Idzomah- Mudhgah- Ruh

5.

Antara yang berikut yang manakah membezakan cara bertaubat kepada Allah SWT dan kepada manusia ?

I. Mengembalikan semula haknya

II. Berhenti terus daripada melakukan dosa

III. Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan

IV. Hendaklah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

6.

Sifat mempercayai adanya satu kuasa Yang Maha Besar menguasai alam ini telah wujud semenjak manusia lahir.


Pernyataan di atas merujuk kepada ...

a)

Dalil Naqli

b)

Dalil Aqli

c)

Dalil Fitrah

d)

Dalil Wahyu

7.

Pendapat Ahlus- Sunnah wal Jama'ah tentang konsep Af'alul 'Ibad ( perbuatan hamba ) ialah

a)

Manusia berkuasa penuh melakukan sebarang hubungan dengan ALlah SWT

b)

Setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri

c)

Manusia berkuasa penuh melakukan sebarang perbuatan dengan qudrat dan iradat yang diberi oleh Allah SWT

d)

Allah SWT memberi kuasa memilih kepada manusia berdasarkan akal dan wahyu dan berlaku dengan izinnya

8.

Antara yang berikut yang manakah contoh bagi Qadar ?

a)

Matahari terbit daripada sebelah timur

b)

Hidup dan mati manusia

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Buruk baik manusia

9.

Antara yang berikut yang manakah faktor-faktor yang mendorong ulama' Khalaf menta'wil nas mutasyabihat ?

I. Memberikan penjelasan tentang akidah

II. Banyak fahaman yang bercampur dengan adat resam

III. Perkembangan bidang tafsir al-Qur'an yang pesat

IV. Umat Islam berpegang teguh dengan akidah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Syarat-syarat Ijmak yang ditetapkan oleh Jumhur Ulama' ialah ...

a)

Ahli Ijmak mesti sempurna pancaindera

b)

Ahli Ijmak mesti bersepakat dalam satu majlis

c)

Persepakatan ahli Ijmak hendaklah melalui perkataan

d)

Berlaku persepakatan dalam kalangan seluruh ahli Ijmak

11.

Maslahat terbahagi kepada tiga tahap iaitu Daruriyat, Hajiyat dan Kamaliyat.


Contoh Kamaliyat ialah

a)

Memakai pakaian yang menutup aurat dan bersih

b)

Rukhsah kepada musafir untuk berbuka puasa

c)

Keperluan kepada kenderaan untuk bekerja

d)

Dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak

12.

Zulhakim menempah perabot untuk rumah barunya dengan bayaran tunai sebanyak RM 2,500.00. Apakah jenis muamalat tersebut ?

a)

Khiyar

b)

Mudharabah

c)

Ba'i Salam

d)

Ar-Rahn

13.

Antara yang berikut yang manakah contoh nasakh bacaan tanpa menasakhkan hukum ?

a)

Pengurangan bilangan susuan

b)

Penetapan had zina kepada penzina muhsan

c)

Pertambahan bilangan mu'min yang sabar dalam jihad

d)

Perubahan kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjid Al-Haram

14.

Berikut ialah himkah larangan masuk ke bilik Ibu bapa tanpa izin, kecuali

a)

Menghormati hak Ibu bapa

b)

Memelihara maruah dan rahsia Ibu bapa

c)

Menjaga akhlaq dan adab terhadap Ibu bapa

d)

Mentaati Ibu bapa

15.

"Nabilah memberi salam kepada Aiman."


Situasi di atas menunjukkan seorang gadis memberi salam kepada pemuda. Apakah hukum menjawab salam dalam situasi di atas ?

a)

Harus

b)

Sunnah

c)

Haram

d)

Makruh

16.

Waktu pelaksanaan ibadah Qurban ialah ...

a)

Sebelum solat sunat Aidil Adha 10, 11 dan 12 Dzulhijjah

b)

Selepas solat sunat Aidil Adha 10, 11 dan 12 Dzulhijjah

c)

Sebelum solat sunat Aidil Adha 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah

d)

Selepas solat Aidil Adha 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah

17.

Antara yang berikut yang manakah bukan faktor yang mendorong perbuatan membunuh diri ?

a)

Kurang ilmu pengetahuan

b)

Insafi bahawa hidup perlukan perjuangan

c)

Kegagalan mengawal perasaan

d)

Tekanan emosi dan kurang bertawakal

18.

Wukuf ialah berada di Arafah walaupun seketika, ia bermula daripada gelincir matahari pada hari ke-

a)

8 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari ke-9 Dzulhijjah

b)

9 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari ke- 10 Dzulhijjah

c)

10 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari ke- 11 Dzulhijjah

d)

11 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari ke- 12 Dzulhijjah

19.


Mengapakah kita perlu berpegang dengan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah?

a)

dapat mengukuhkan kedudukan di dunia

b)

supaya amalan diterima Allah

c)

agar suka melakukan amalan sunat

d)

diterima oleh masyarakat

20.

Orang yang terlibat dengan arak boleh tergugat rumahtangganya kerana

a)

hilang punca pendapatan

b)

gagal mengawal emosi

c)

ekonomi tergugat

d)

terkena penyakit berbahaya

21.

Perbuatan manakah akan menyebabkan iman seseorang bertambah?

a)

berjaya dalam perniagaan

b)

menganjurkan majlis doa selamat

c)

menyambut tahun baru hijrah

d)

membantu orang yang kurang bernasib baik

22.

Apakah faktor yang mendorong seseorang bertaubat?

a)

Sifat Allah yang Maha Pengasih

b)

Diberi peluang berbuat demikian

c)

Sering ditimpa kesusahan

d)

Mendapat hidayah untuk berubah

23.

Tanda-tanda berikut merupakan ciri orang yang bertaubat melainkan

a)

rajin membaca

b)

menolong ibu bapa

c)

sentiasa solat di masjid

d)

melakukan amalan sunat

24.

Islam menggalakkan umatnya bertaubat kerana

a)

dapat jaminan kesenangan dunia

b)

memberi peluang mereka memulakan hidup baru

c)

akan mendapat pengiktirafan

d)

memberi peluang menunjukkan kebolehan diri

25.

Mengapakah masih wujud anak-anak yang suka melawan ibu bapa?

a)

kurang didikan agama

b)

kesan sistem pendidikan yang aktif

c)

ibu bapa mengabaikan keperluan fizikal mereka

d)

anak-anak tidak mengetahui peranan ibubapa

26.

Derhaka kepada ibubapa termasuk dalam kategori dosa besar kerana

a)

Allah memberi amaran azab tentangnya di akhirat

b)

mereka akan hidup dalam kesesatan

c)

Disingkir oleh masyarakat

d)

Anak tidak akan mendapat harta pusakanya

27.
----------------------- 
- manusia berusaha mencari tuhan yang sebenar
- manusia memohon perlindungan Allah apabila kesusahan
-----------------------
Pernyataan berikut membuktikan :
a)
kewajipan beriman kepada Allah
b)
ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah
c)
keinginan semulajadi manusia beriman kepada Allah
d)
keyakinan bahawa segala yang berlaku dengan kuasa Allah.
28.
Rahmat ilmu kepada manusia ialah :
a)
ibadahnya lebih lengkap dan sempurna
b)
menjadi tanda kesempurnaan iman
c)
dapat berhubung dengan Allah secara langsung
d)
melahirkan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa
29.
Antara yang berikut yang manakah faedah kejadian bulan?
a)
menentukan waktu solat
b)
menentukan siang dan malam
c)
membantu putaran air dan udara
d)
melahirkan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa
30.
Pilih antara berikut perkaran yang boleh membatalkan iman seseorang
--------------------------------
i. Melawat gereja
ii. Meragui Al-Quran
iii. menghalalkan yang haram
iv. meninggalkan solat Jumaat
a)
I, II
b)
ll, lll
c)
lll, lv
d)
ll, lll, iv
31.
Antara prinsip-prinsip perundangan islam ialah عدم الحرج. contoh عدم الحرج ialah
a)
kewajipan melakukan solat
b)
rukhsoh dalam ibadah haji
c)
bebanan mencari rezeki
d)
larangan meminum arak
32.
Hukum وضعي terbahagi kepada سبب ، شرط ، مانع . Apakah yang dimaksudkan dengan سبب ?
a)
keadaan apabila adanya ada hukum
b)
keadaan apabila adanya tiada hukum
c)
keadaan yang mendatangkan kesan kepada yang melakukan
d)
keadaan yang tidak mendapat kesan kepada yang melakukan
33.
Berikut ialah rukun Qiyas kecuali :
a)
الشرط
b)
الأصل
c)
الفرع
d)
العلة
34.
Antara dalil-dalil yang berikut yang manakah yang disepakati oleh uamak usul feqh?
a)
الاستحسان
b)
العرف
c)
القياس
d)
عمل اهل المدينة
35.
Larangan yang TIDAK terdapat dalam ayat berikut ialah larangan...
a)
mencela
b)
mengumpat
c)
buruk sangka
d)
mengintip kesalahan orang lain
36.
Apakah perintah Allah subhanahu wataala  dalam ayat bergaris?
a)
kewajipan menyembah Allah dan perintah berbakti kepada ibu bapa
b)
suruhan berlemah lembut dengan ibu bapa dan mentaati perintahnya.
c)
berbakti kepada ibu bapa dan larangan menderhaka kepada ibu bapa.
d)
mentaati peritah Allah dan merendah diri kepada  kedua ibu bapa.
37.
Apakah cara mensabitkan hukuman minum arak?
a)
l, ll
b)
lll, lV
c)
l, lll
d)
ll, lV
38.
Berikut ialah sebab disunatkan sujud sahwi kecuali
a)
Meninggalkan tahiyat awal
b)
tidak membaca doa iftitah
c)
membaca bacaan sunat bukan pada tempatnya
d)
terlebih melakukan rukun sujud tiga kali.
39.
Lafaz " شهرين متتابعين" yang terdapat dalam ayat dikenali dengan lafaz
a)
عام
b)
خاص
c)
مطلق
d)
مقيد
40.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang fungsi As-Sunnah.
a)
merupakan perbuatan dan pengakuan nabi muhammad s.a.w
b)
enasakhkan hukum yang terdapat dalam al-quran
c)
mentakhsiskan ayat-ayat al-quran yang umum
d)
memperincikan ayat al-quran yang mujmal.