Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

a)

cair

b)

putih

c)

pekat

d)

merah

2.

Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

3.

Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.

a)

pilu

b)

mahu

c)

cemas

d)

gembira

4.

Puan Atifah merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .

a)

kuat

b)

patuh

c)

cekal

d)

berani

5.

Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.

a)

sarat

b)

sendat

c)

sumbat

d)

sendal

6.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

7.

Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

a)

serak

b)

garau

c)

merdu

d)

nyaring

8.

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

a)

kegelapan

b)

kedinginan

c)

kemalapan

d)

kepanasan

9.

Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

a)

bengkok

b)

bengkak

c)

botak

d)

lekuk

10.

Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

a)

pantai

b)

curam

c)

dalam

d)

rendah

11.

Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport.

a)

nipis 

b)

tebal

c)

kesat

d)

keras

12.

Adham terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.

a)

kuat

b)

kasar

c)

tinggi

d)

kesat

13.

Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.

a)

geliga

b)

cekap

c)

petah

d)

fasih

14.

Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .

a)

pelik

b)

gawat

c)

runsing

d)

rencam

15.

Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

a)

baru

b)

antik

c)

retak

d)

runtuh

16.

Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.

a)

mentah

b)

lembik

c)

hangit

d)

tengik

17.

Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.

a)

segan

b)

benci

c)

marah

d)

kecewa

18.

Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .

a)

bujur

b)

lonjong

c)

bulat

d)

segi empat

19.

Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.

a)

hodoh

b)

lusuh

c)

cantik

d)

koyak

20.

Burung bangau mempunyai leher yang __________ .

a)

tinggi

b)

panjang

c)

pendek

d)

rendah