wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KENAL PASTI KESALAHAN TATABAHASA

Total questions: 21

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Beberapa ekor kambing sedang meragut rumput di kawasan lapang bersebelahan rumah Mak Cik Kiah.

b)

Beberapa ekor kambing-kambing sedang meragut rumput di kawasan lapang bersebelahan rumah Mak Cik Kiah.

2.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Semua kanak yang menghadiri kenduri itu dipelawa untuk mengambil gula-gula di atas meja penyambut tetamu.

b)

Semua kanak-kanak yang menghadiri kenduri itu dipelawa untuk mengambil gula-gula di atas meja penyambut tetamu.

3.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Ibu saya teramat cantik walaupun telah berusia hampir 50 tahun.

b)

Ibu saya terpaling cantik walaupun telah berusia hampir 50 tahun.

4.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Pemandangan bandar Semenyih yang sangat indah sekali dapat dilihat melalui puncak Bukit Broga.

b)

Pemandangan bandar Semenyih yang terindah sekali dapat dilihat melalui puncak Bukit Broga.

5.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Pemantauan kebersihan restoran itu akan dibuat dari masa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

b)

Pemantauan kebersihan restoran itu akan dibuat dari masa ke masa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Beliau tidak hadir ke sekolah semalam kerana demam.

b)

Dia tidak hadir ke sekolah semalam kerana demam.

7.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Kaki anjing itu sakit kerana dilanggar kereta.

b)

Kaki anjing itu sakit kerana ianya dilanggar kereta.

8.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Setengah orang beranggapan bahawa bersenam merupakan aktiviti yang membazir masa.

b)

Sesetengah orang beranggapan bahawa bersenam merupakan aktiviti yang membazir masa.

9.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Bantuan barang keperluan harian diberikan kepada para-para penduduk kampung yang terjejas akibat banjir.

b)

Bantuan barang keperluan harian diberikan kepada para penduduk kampung yang terjejas akibat banjir.

10.

Pilih jawapan yang betul.

a)

pelbagai bentuk teguran

b)

pelbagai teguran

11.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Pelbagai bentuk teguran telah diberikan kepada pihak kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai.

b)

Pelbagai teguran telah diberikan kepada pihak kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai.

12.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Adik telah menunggu rakannya di pondok bas itu selama dua suku jam.

b)

Adik telah menunggu rakannya di pondok bas itu selama dua jam suku.

13.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Azman merupakan pelajar pintar yang baru berpindah dari Kuala Lumpur.

b)

Azman merupakan pelajar pintar yang baru berpindah daripada Kuala Lumpur.

14.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Surat yang diterima dari kakak dihantar melalui Poscepat.

b)

Surat yang diterima daripada kakak dihantar melalui Poscepat.

15.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Alat tulis saya ada pada kakak.

b)

Alat tulis saya ada dengan kakak.

16.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Latihan olahraga itu akan diadakan dari masa kepada masa.

b)

Latihan olahraga itu akan diadakan dari masa ke masa.

17.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Di akhir mesyuarat, kebiasaannya semua ahli akan membincangkan lain-lain hal.

b)

Di akhir mesyuarat, kebiasaannya semua ahli akan membincangkan hal-hal lain.

18.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Goreng pisang dan goreng cempedak yang dijual di gerai itu sangat sedap.

b)

Pisang goreng dan cempedak goreng yang dijual di gerai itu sangat sedap.

19.

Pilih jawapan yang betul.

a)

"Rusa dan kijang itu diburu oleh hamba di hutan," kata Hang Kasturi.

b)

"Rusa dan kijang itu hamba buru di hutan," kata Hang Kasturi.

20.

Pilih jawapan yang betul.

a)

"Aku ingin meminjam buku yang telah engkau baca semalam," kata Aina kepada rakannya.

b)

"Aku ingin meminjam buku yang engkau telah baca semalam," kata Aina kepada rakannya.

21.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Makanan yang enak itu telah dihidangkan oleh mereka kepada tetamu sempena hari lahir ayah.

b)

Makanan yang enak itu telah mereka hidangkan kepada tetamu sempena hari lahir ayah.