Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK - 1.1 Kemahiran Proses Sains

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di atas menunjukkan sebatang lilin menyala yang diletakkan di atas meja


Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan Rajah di atas?

a)

Lilin terus menyala

b)

Lilin akan terpadam

c)

Panjang lilin bertambah

d)

Panjang lilin berkurang

2.

Nani telah membuat suatu penyiasatan untuk mengetahui hubungan antara kuantiti baja dengan bilangan buah yang dihasilkan oleh lima pokok limau kasturi. Jadual di atas menunjukkan pemerhatian yang dicatatkan bagi penyiasatan itu.


Ramalkan bilangan buah yang terhasil jika 25g baja digunakan.

a)

0

b)

15

c)

17

d)

19

3.

Jadual di atas menunjukkan keupayaan sebuah kereta mainan bergerak apabila bilangan kereta yang berbeza ditambah.


Antara yang berikut, pemboleh ubah yang manakah paling sesuai dengan keputusan itu?


📌Pemboleh ubah dimanipulasi (PUM)

📌Pemboleh ubah bergerak balas (PUBB)

a)

PUM: Masa , PUBB: Jenis Bateri

b)

PUM: Jenis Bateri , PUBB: Masa

c)

PUM: Bilangan Bateri , PUBB: Keupayaan kereta bergerak

d)

PUM: Keupayaan kereta bergerak , PUBB: Bilangan Bateri

4.

📌 Maklumat suatu penyiasatan: Saiz garam mempengaruhi masa untuk garam melarut dalam air


Apakah hipotesis yang dapat dibuat berdasarkan pernyataan ini?

a)

Semakin bertambah saiz garam, semakin bertambah masa untuk garam melarut dalam air

b)

Semakin bertambah saiz garam, semakin berkurang masa untuk garam melarut dalam air

c)

Semakin berkurang saiz garam, semakin bertambah masa untuk garam melarut dalam air

d)

Semakin bertambah isi padu air, semakin bertambah masa untuk garam melarut dalam air

5.

Rajah menunjukkan perubahan yang berlaku pada ketulan ais selepas tempoh tertentu.


Apakah kemahiran proses sains yang terlibat?

a)

Meramal

b)

Membuat hipotesis

c)

Mendefinisi secara operasi

d)

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

6.

Ulfatul menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara jenis bahan dengan keupayaan bahan untuk menyerap air. Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas dalam penyiasatan itu?

a)

Saiz bahan

b)

Jenis bahan

c)

Isi padu awal air

d)

Isi padu air yang diserap

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemerhatian bagi penyiasatan itu?

a)

Setiap objek mempunyai daya keapungan

b)

Penyedut minuman terapung dan guli tenggelam dalam air

c)

Bahan yang diperbuat daripada kaca tenggelan dalam air

d)

Semakin besar saiz sesuatu objek, semakin berkurang daya keapungan

8.

Apakah deria yang digunakan untuk menentukan suhu air?

a)

Bau

b)

Rasa

c)

Penglihatan

d)

Sentuh

9.

"Semakin besar saiz gear, semakin banyak bilangan pusingan roda"


Pernyataan di atas merujuk kepada....?

a)

Tujuan bagi satu eksperimen

b)

Hipotesis yang dinyatakan dalam satu eksperimen

c)

Inferens yang dibuat berdasarkan keputusan eksperimen

d)

Ramalan yang dibuat sebelum menjalankan eksperimen

10.

Apakah corak perubahan ketinggian adunan?

a)

Bertambah

b)

Berkurang

c)

Bertambah dan kemudian berkurang

d)

Berkurang dan kemudian bertambah