NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Peribahasa apakah yang membawa maksud ‘dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan’.
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Apakah golongan peribahasa yang paling sesuai bagi perkataan "kaki bangku"?
Bidalan
Pepatah
Perumpamaan
Simpulan bahasa
Apakah maksud peribahasa ‘Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’?
Tidak pandai bermain bola
Peniaga yang mengambil keuntungan tinggi
Hampa
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Peribahasa yang manakah mewakili sebagai simpulan bahasa?
Kaki bangku
Bagai anjing dengan kucing
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Sediakan payung sebelum hujan
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?
Darah daging
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Seperti anjing dengan kucing
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya __________________ .
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pencuci mulut
mulut murai
Duduklah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Namun, jangan jadi seperti _____________________________ yang tidak mengambil tahu perkembangan semasa .
katak di bawah gelas
katak di bawah cermin
katak di bawah tempurung
kodok di bawah meja
Darus dan Intan bersahabat karib bagai _______________________ .
pinang di belah dua
anjing dengan kucing
isi dengan kuku
kera mendapat bunga
Peribahasa yang membawa maksud ‘Tidak pernah bercerai, sangat cocok’.
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
seperti anjing dengan kucing
seperti pahat dengan penukul
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Sebaik sahaja melangkah ke dalam gedung kain itu, Mak Cik Kiah terus memilih kain-kain berkualiti untuk dibeli kerana baginya _________________________________ .
Gunung sama didaki, lurah sama dituruni
Alah membeli menang memakai
Alang-alang berdakwat biar hitam
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
buta hati
buta kayu
buta huruf
buta gaji
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap __________________ .
anak buah
anak pokok
anak bongsu
anak tunggal
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________ .
otak udang
mulut murai
otak cair
mulut tempayan
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
perut kosong
perut berlapis
alas perut
perut busuk
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
anak bini
anak tut
anak tiri
anak beranak
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah bendul
langkah kanan
langkah kiri
langkah seribu
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
isi hati
geli hati
makan hati
cekal hati
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga mati
paling berharga
harga diri
harga hati
Pilih satu jawapan yang paling sesuai:
Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
rambang mata
kaki bangku
pekak badak
lepas tangan
