WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM SPM - SET 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
i. Boros membelanjakan harta
ii. Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
Pernyataan di atas merujuk kepada contoh ___________
kufur hakikat
kufur nikmat
syirik
sihir
Meminta pertolongan syaitan atau jin untuk kepentingan diri.
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud ___________
syirik
nifak
kufur
sihir
Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kesan perbuatan riddah.
Menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman
Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal
Menyekat akal berfikir secara lojik
Semua yang berikut ialah hikmah pengharaman minum arak kecuali
menjaga kewarasan akal
mengekalkan kesihatan mental dan fizikal
mengelakkan mendapat penyakit berbahaya
membendung jenayah seperti mencuri dan merompak
Antara berikut yang manakah prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah
Beriktikad pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
Suka mencela atau mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran sahaja
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan ruh daripada jasad sendiri.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________.
murtad
musahaqah
membunuh diri
zina
Siapakah pengasas ajaran Bahai?
Mirza Gulam Ahmad
Zaid bin Ali Zainal Abidin
Haji Muhammad bin Syafii
Husin Ali al-Mazandarani
i. Ahli
ii. Lafaz
iii. Modal
Perkara di atas merujuk kepada rukun __________
gadaian
jual beli
syarikat
insurans
Antara berikut yang manakah larangan ketika ihram khusus bagi wanita?
Memotong kuku
Memakai pakaian berjahit
Berburu binatang buruan darat
Menutup muka dan dua tapak tangan
Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian __________
idah
rujuk
fasakh
khuluk
Antara berikut yang manakah hikmah saksi dalam perkahwinan?
Memeriahkan majlis perkahwinan
Untuk mengisytiharkan perkahwinan kepada umum
Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah
Mengeratkan hubungan antara keluarga suami dan isteri
Antara berikut yang manakah bukan rukun nikah?
Akad
Imam
Isteri
Wali
Berikut adalah unsur-unsur yang perlu dielakkan dalam perniagaan insurans kecuali
hutang
riba
gharar
judi
i. Tidak dikenakan dam
ii. Cara mengerjakan haji yang afdal
Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengerjakan haji __________
Badal Haji
Tamattuk
Qiran
Ifrad
i. Mengelakkan diri daripada melakukan maksiat
ii. Menyambung keturunan bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat
Pernyataan di atas merujuk kepada __________
khuluk
poligami
perkahwinan
walimatulurus
Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai faktor kemerosotan kerajaan Bani Umaiyah.
Khalifah mengabaikan ajaran Islam
Tentangan daripada golongan Abbasiyah
Khalifah menentang golongan ulama
Pemilihan khalifah melalui Majlis Syura
i. Mewajibkan rakyatnya menjadi tentera
ii. Menubuhkan jabatan ketenteraan dikenali sebagai Diwan al-Jundi
Pernyataan di atas merujuk kepada khalifah __________
Abdul Malik bin Marwan
Muawiyah bin Abu Sufyan
Harun al-Rasyid
Umar bin Abdul Aziz
Pilih pernyataan yang benar mengenai Imam Ahmad bin Hanbal.
Ayahnya merupakan tokoh perniagaan yang berjaya
Beliau menghasilkan kitab Fiqh al-Akbar
Digelar al-Hakim kerana menghafaz lebih daripada 700 000 hadis
Menghafaz kitab al-Muwattak ketika berusia 10 tahun
Antara berikut yang manakah bukan adab berjual beli?
Penjual dan pembeli bersikap sabar
Penjual dan pembeli bersikap jujur
Melindungi hak tanpa paksaan
Menjauhi unsur-unsur yang haram
Seseorang yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW akan __________
mendapat rahmat Allah SWT
mendapat keampunan Allah SWT
memperoleh syafaat Rasulullah SAW
terhapus pahala atau kebaikan yanga dilakukan
