wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata sendi nama

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ayah membeli sayur ________ kedai Pak Mail.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

2.

Kuih itu diperbuat _________ tepung, pisang dan santan.

a)

dengan

b)

dari

c)

daripada

d)

kepada

3.

Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _______

Indonesia.

a)

daripada

b)

di

c)

ke

d)

dari

4.

Tabung yang unik itu diperbuat _________ tempurung kelapa.

a)

daripada

b)

dari

c)

dengan

d)

kepada

5.

Ayah menghulurkan sejambak kunci _____________ ibu.

a)

ke

b)

untuk

c)

kepada

d)

pada

6.

Anis membeli sehelai selendang ________ ibunya sebagai hadiah hari jadi.

a)

untuk

b)

daripada

c)

demi

d)

kepada

7.

Pak Karim bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga ____ petang.

a)

pada

b)

kepada

c)

di

d)

ke

8.

Ahmad menyapu cat _________ dinding biliknya.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

9.

Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.

a)

dengan

b)

di

c)

pada

d)

ke

10.

_______ waktu lapang, Rahman suka bermain dengan adiknya ___ rumah.

a)

Pada, ke

b)

Ke, pada

c)

Pada, di

d)

Di, pada

11.

Ramlah menerima sebentuk cincin __________ suaminya.

a)

dari

b)

daripada

c)

dengan

d)

oleh

12.

Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

pada

13.

Kami tiba ________ tapak perhimpunan itu pada pukul 2.00 petang.

a)

ke

b)

di

c)

dari

d)

pada

14.

Sze Qi menggantung gambar ________ dinding.

a)

di

b)

dengan

c)

daripada

d)

pada

15.

Ler Zen berbual-bual ________ Nicole di dalam kelas.

a)

dengan

b)

kepada

c)

untuk

d)

tentang

16.

Buku-buku itu disusun ________ Shellyn di atas rak.

a)

dengan

b)

pada

c)

oleh

d)

kepada

17.

Ceramah kesihatan akan diadakan ________ 15 April 2020.

a)

di

b)

pada

c)

dari

d)

daripada

18.

Shi Hui berasal ________ Kuala Lumpur.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

19.

Yong Jun mengirim sepucuk surat __________ kawannya.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

20.

Berita _________ Covid-19 disiarkan dalam televisyen.

a)

tentang

b)

dengan

c)

untuk

d)

daripada