WorksheetsTatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Cik Kiah ____________________ kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba __________________.
menangkapnya
menyambar
merampas
mengambilnya
Kampung Indah dan Kampung Permai __________________ oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi
Ular sawa itu ___________________ dua ekor anak ayam.
melulur
mengunyah
menggigit
meneguk
Sebelum aktiviti dilaksanakan, kita perlulah _________________ terlebih dahulu.
merancang
melaksana
menimbang
melihat
Puncak gunung itu kelihatan __________________ kerana diselaputi kabus.
berlapis-lapis
berbalam-balam
berwarna-warni
bertingkat-tingkat
Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.
tatacara
tataetika
tatatertib
tatasusila
Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi __________ yang nyaring.
lelabah
lelabi
reriang
pepijat
Fikiran Ahmad masih __________ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
susup-sasap
bolak-balik
gelap-gelita
gembar-gembur
Hujan yang __________ telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.
menitis
merintik
menitik
mencurah
