wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 4 : SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan

b)

Modal permulaan yang diperoleh daripada bank

c)

Modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi

d)

Modal yang diperoleh daripada kemudahan overdraf

2.

Antara berikut, manakah merupakan sumber pembiayaan luaran?

a)

Akaun simpanan

b)

Pinjaman daripada bank

c)

Bantuan daripada agensi kerajaan

d)

Modal daripada keuntungan (rizab)

3.

Antara yang berikut, manakah yang dapat diatasi oleh usahawan melalui skim pajakan?

a)

Masalah pembayaran cukai pendapatan

b)

Masalah aset tetap menjadi usang

c)

Kejadian hutang lapuk

d)

Masalah aliran tunai

4.

Antara yang berikut, manakah merupakan jenis pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan?

a)

pemfaktoran

b)

modal daripada keuntungan

c)

overdraf

d)

simpanan peribadi

5.

Puan Fathiah ingin membeli kereta dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM 10 000 dan bayaran bulanan RM 885 selama 10 tahun.

Apakah jenis pembiayaan yang disediakan oleh bank dan institusi kewangan kepada Puan Fathiah?

a)

Ar-Rahnu

b)

Pajakan

c)

Overdraf

d)

Sewa beli

6.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan jaminan kredit?

a)

Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan usahawan

b)

Diberikan kepada usahawan yang menghadapi kesukaran memperoleh pinjaman

c)

Memberikan bantuan modal kepada perniagaan yang ingin memulakan perniagaan

d)

Menggalakkan perniagaan lebih inovatif dalam menggunakan teknologi

7.

Antara yang berikut, agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam memberikan bantuan modal kepada usahawan?

a)

CGC

b)

MARA

c)

TEKUN

d)

MOSTI

8.

Antara yang berikut, manakah peranan agensi tersebut?

a)

Menggalakkan budaya menabung dalam diri usahawan

b)

Menyediakan bantuan pembiayaan dan kewangan

c)

Menyediakan kursus dan latihan keusahawanan

d)

Memberi jaminan kredit

9.

Kriteria manakah yang digunakan untuk memilih jenis pembiayaan yang sesuai?

a)

Lokasi

b)

Nama

c)

Pengurusan

d)

Kadar faedah

10.

Dokumen sokongan manakah yang perlu dihantar semasa membuat permohonan pinjaman bank?

a)

salinan kad pengenalan

b)

analisa sumber manusia

c)

laporan penggunaan tahap teknologi

d)

lesen perniagaan