Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4 (Pengenalan Ekonomi)

Total questions: 34

Worksheet time: 1hrs 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?

a)

Berlakunya bencana alam

b)

Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

c)

Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi

d)

Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

2.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

3.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

4.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

5.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

6.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

7.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

8.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

9.

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui

a)

Agihan pendapatan dalam masyarakat

b)

Kuasa permintaan dan penawaran

c)

Permintaan masyarakat

d)

Mekanisme harga

10.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana

a)

Pilihan pengguna bebas

b)

Mengutamakan keuntungan yang maksimum

c)

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

d)

Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

11.

Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem ekonomi kapitalis melalui?

a)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat

b)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna

c)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan

d)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos

12.

Manakah yang berkaitan dengan masalah bagaimana hendak dikeluarkan?

a)

Kerajaan mengenakan cukai

b)

Firma menambahkan pengeluaran barang

c)

Kerajaan memberi subsidi terhadap suatu barang

d)

Firma menggantikan pekerja asing dengan mesin

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Mengawal permintaan pengguna

b)

Mengutamakan kebajikan masyarakat

c)

Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar

d)

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

14.

Sewa merupakan pulangan kepada sumber ekonomi yang

a)

Sanggup menanggung risiko ketidakpastian

b)

Mempunyai akaun simpanan tetap di bank

c)

Merupakan anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad

d)

Menawarkan tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan barangan

15.

Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah


a)

Latihan yang perlu dihadiri

b)

Masa lapang untuk aktiviti hiburan

c)

Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja

d)

Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut

16.

Ilmu ekonomi ialah

a)

mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran

b)

menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan

c)

memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sumber yang tidak terhad

d)

menggunakan modal sedia ada bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad

17.

Mengapakah pilihan terpaksa dilakukan?

a)

Kekuarangan faktor-faktor pengeluaran

b)

Kehendak manusia yang terbatas

c)

Pengeluaran dilakukan oleh firma

d)

Semua barang melibatkan kos lepas

18.

Tujuan individu membuat pilihan

a)

Mengutamakan kehendak

b)

Mengutamakan keselesaan

c)

Memaksimumkan kepuasan

d)

Meminimumkan perbelanjaan

19.

Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan?

a)

Memaksimumkan output

b)

Meminimumkan keuntungan

c)

Meminimumkan pembaziran sumber

d)

Memaksimumkan kebajikan masyarakat

20.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan...

a)

titik kecekapan

b)

titik ketidakcekapan

c)

titik yang tidak akan tercapai

d)

kombinasi output maksimum

21.

Manakah punca masalah asas ekonomi?

a)

Salah peruntukan sumber ekonomi

b)

Ketidakcekapan pengeluaran barang

c)

Kehendak manusia yang tidak terhad

d)

Pengagihan pendapatan yang tidak seimbang

22.

Penggunaan buruh atau modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi..

a)

untuk siapa dikeluarkan

b)

apa yang hendak dikeluarkan

c)

bagaimana hendak dikeluarkan

d)

berapa banyak hendak dikeluarkan

23.

Pernyataan manakah yang menggambarkan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Pilihan individu terhad

b)

Wujud sektor swasta dan sektor kerajaan

c)

Harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga

d)

Motif sektor swasta adalah untuk memaksimumkan kebajikan

24.

Tiada campur tangan kerajaan.

Apakah sistem ekonomi tersebut?

a)

Islam

b)

Campuran

c)

Pasaran bebas

d)

Perancangan pusat

25.

Bagaimanakah masalah untuk siapa dikeluarkan diselesaikan?

a)

Jenis barangan dan kuantiti barang

b)

Agihan barang dan kuantiti barang

c)

Agihan pendapatan dan jenis barang

d)

Agihan barang dan agihan pendapatan

26.

Mengeluarkan barang dengan cara meminimumkan kos pengeluaran.

Apakah masalah tersebut?

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa dikeluarkan

27.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Untung yang maksimum diutamakan

b)

Harga ditentukan oleh kuasa pasaran

c)

Kebajikan masyarakat dititikberatkan

d)

Firma bebas membuat pilihan tetapi dikawal oleh kerajaan

28.

Jenis sesuatu barang yang hendak dikeluarkan akan menentukan

a)

corak peruntukan sumber

b)

teknik pengeluaran barang

c)

corak pengagihan pendapatan

d)

jumlah barang yang dikeluarkan

29.

Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan merujuk

a)

teknik pengeluaran digunakan

b)

corak agihan pendapatan pengguna

c)

jenis barang yang hendak dikeluarkan

d)

kuantiti barang yang hendak dikeluarkan

30.

Pengguna tidak bebas untuk membuat pilihan kerana campur tangan kerajaan.

Apakah sistem ekonomi yang digambarkan oleh pernyataan di atas?

a)

Ekonomi Islam

b)

Sistem ekonomi sosialis

c)

Sistem ekonomi kapitalis

d)

Sistem ekonomi campuran

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Embun Sdn. Bhd


Apakah kos lepas jika Syarikat Embun Sdn. Bhd menukar teknik pengeluaran daripada B ke D?

a)

30 unit meja makan

b)

60 unit meja makan

c)

A 60 unit sofa

d)

70 unit sofa

32.

Gambar berikut menunjukkan faktor pengeluaran.


Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi A?

a)

A Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi

b)

A Mempunyai penawaran yang tidak terhad

c)

A Menggabungkan faktor pengeluaran yang lain

d)

A Mencapai pengeluaran output yang maksimum

33.

Sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan

a)

Barang awam diutamakan

b)

keuntungan firma akan bertambah

c)

agihan pendapatan yang tidak setara dalam masyaraka

d)

pengeluaran sesuatu barang perlu dikurangkan untuk menambahkan barang lain

34.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan sebuah kilang pemprosesan bahan makanan daripada hasil laut. Beliau mempunyai seramai 25 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azman?

I Pasar raya besar

II Bahan makanan

III Tenaga pekerja

IV Bangunan kilang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV