WorksheetsBM-TATABAHASA 1
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
"Kejayaan _____ dalam pertandingan semalam merupakan hasil tunjuk ajar para jurulatih selama ini," kata ketua pasukan hoki.
kita
kamu
kalian
mereka
Khuzaimah menghulurkan tangannya untuk _____ piala yang dimenanginya.
memegang
menerima
membelai
menadah
Kapal terbang baru sahaja _____ dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Johor Bharu.
berhenti
berlepas
bergerak
berlegar
Puan Maya menggunakan beberapa _____ daun sirih untuk membuat gubahan sempena perkahwinan anak saudaranya.
helai
papan
lembar
tangkai
Perlawanan akhir badminton antara Malaysia dengan Indonesia _____ dengan sorakan penonton yang _____ Stadium Negara.
gamat ... membanjiri
sepi ... memenuhi
bising ... memuat
heboh ... mengisi
Sementara menunggu kereta api yang hendak dinaiki itu sampai, abang _____ di hadapan gerai-gerai di stesen tersebut.
lalu-lalang
bolak-balik
simpang-siur
mundar-mandir
Sementara menunggu kereta api yang hendak dinaiki itu sampai, abang _____ di hadapan gerai-gerai di stesen tersebut.
lalu-lalang
bolak-balik
simpang-siur
mundar-mandir
Sebahagian penduduk di Kampung Baru diberi _____ sebagai sebahagian pampasan selepas tanah mereka diambil bagi pembinaan apartmen.
wang gaji
wang kopi
wang muka
wang cagaran
Sultan Mahmud Syah sedang _____ di singgahsana sambil dihadap oleh hulubalang.
beradu
bersiram
bersantap
bersemayam
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Mustaqim terpaksa _____ untuk ke universiti kerana kesilapannya sendiri lewat menghantar borang permohonan.
berkaki ayam
berputih mata
berpatah arang
berputih tulang
Guru besar menyarankan agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Pilih perkataan sinonim bagi menyarankan.
mencadangkan
mengharapkan
memansuhkan
menyatakan
Ayah mengasah parang yang tumpul itu sebelum dia menggunakannya untuk menebas semak.
Pilih perkataan antonim bagi tumpul.
nipis
kasar
halus
tajam
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Bilik adik menjadi jelas selepas lampu dipasang.
Pei Tee disuruh memberi jelas tentang kelewatannya.
Segala hutang Encik Lee kepada bank belum jelas lagi.
Penerangan yang diberikan oleh penceramah itu sungguh jelas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kesihatan kanak-kanak dan orang tua boleh terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin buruk dan berterusan.
Kanak-kanak dan orang tua akan menjadi semakin buruk sekiranya jerebu berterusan.
Kanak-kanak dan orang tua yang semakin buruk dan berterusan akan menjejaskan jerebu.
Keadaan jerebu akan terjejas buruk akibat kesihatan kanak-kanak dan orang tua yang berterusan.
Keadaan jerebu semakun buruk dan ebrterusan akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan orang tua.
Pilih ayat yang betul.
Zamri membaca buku cerita sambil kakaknya menonton televisyen.
Lelaki yang berbaju Melayu warna biru itu ialah abang saya.
Yahya sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya yang tersayang.
Pertandingan badminton di stadium itu dimansuhkan kerana masalah lampu.
