NEW
Font size
WorksheetsPengawetan makanan
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pengawetan makanan ialah
proses penyediaan makanan yang berkhasiat
proses mengekalkan zat-zat makanan
kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma
kaedah penghasilan makan proses supaya lebih segar dan tahan lama
Tujuan pengawetan makanan ialah
supaya makanan sentiasa kekal segar.
supaya makanan menjadi lebih berkhasiat
supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
Makanan menjadi rosak disebabkan oleh_____________________________ yang bertumbuh dalam makanan.
udara
serangga
air
tindakan mikroorganisma
Makanan yang __________________ boleh diperhatikan dengan menggunakan deria penglihatan, bau, rasa dan sentuhan.
elok
rosak
boleh dimakan
berkhasiat
Berikut merupakan kepentingan teknologi pengawetan makanan kecuali?
memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain
makanan menjadi murah dan sedap
boleh tahan lama dan memenuhi bekalan makanan sepanjang tahun
buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun
Pilih pernyataan yang benar :-
i - Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah
bekalan makanan semasa kecemasan.
ii - Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara boleh dinikmati di negara lain.
iii - Makanan menjadi lebih sedap, murah dan segar.
iv - Boleh dapat pelbagai jenis makanan di pasaran luar
negara
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Pempasteuran ialah
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
Pembungkusan vakum ialah
Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
Pelilinan ialah
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan
Penyalaian ialah
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
Penjerukan ialah
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
roses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Pengeringan ialah
Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
Antara berikut yang manakah BUKAN faktor pertumbuhan mikroorganisma?
Nutrien
Air
Keasidan yang tinggi
Suhu yang sesuai
Antara makanan berikut, yang manakah paling cepat rosak?
Pemanasan pada suhu didih dan makanan disejukkan secara rendaman air adalah kaedah pengawetan.....
Pengetinan dan pembotolan
Pempasteuran
Pendidihan
Penyalaian
Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk akan lambat rosak. Mengapa?
Tiada udara menyebabkan mikroorganisma mati
Makanan menjadi kering menyebabkan mikroorganisma tidak tumbuh
Suhu yang rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif
Makanan menjadi segar
Maklumat menunjukkan langkah-langkah dalam mengawet makanan
X- makanan di panaskan sehingga suhu tertentu
Y- makanan didinginkan dengan segera
Pendidihan
Penyalaian
Pempasteuran
Pengetinan
Mengapakah kaedah penjerukan menggunakan kepekatan gula yang tinggi?
Menjadikan makanan lebih manis
Supaya keadaan menjadi tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh
Menjadikan mikroorganisma lebih cepat membiak
Sebagai sumber nutrien untuk mikroorganisma membiak
Maklumat di bawah menerangkan langkah -langkah satu kaedah pengawetan makanan.
P- tin dipateri untuk menjadikannya kedap
Q- makanan dimasukkan ke dalam tin.
R- tin disejukkan melalui semburan air
S- tin dipenuhkan dengan sos atau minyak
T- tin dipanaskan pada suhu yang tinggi
Q,S,T,R,P
Q,S,P,T,R
S,Q,P,T,R
T,Q,S,R,P
Maklumat di bawah adalah langkah-langkah dalam penghasilan jem buah nanas menggunakan kaedah pengawetan.
P- masakkan nanas dengan gula di dalam periuk
Q- kisar nanas sehingga hancur
R- Sejukkan jem sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang
kedap udara
S- potong nanas kepada kepingan kecil
T- kacau dan masak jem nanas sehingga betul-betul pekat
P,T,S,Q,R
S,P,Q,T,R
S,Q,T,P,R
S,Q,P,T,R
