NEW
Font size
WorksheetsPENJODOH BILANGAN
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Mak Limah menjunjung sebuah bakul yang berisi bebrapa _______________ padi.
biji
urat
gemal
tangkai
Pulau Redang adalah antara ______________________ pulau yang mempunyai taman laut yang menarik.
selonggok
kumpulan
gugusan
deretan
Batin Atan memikul ___________ buluh untuk dijual kepada peraih.
sebilah
seberkas
sepotong
serumpun
Hanif menemukan beberapa ____________ perkataan yang mengandungi kesalahan ejaan dalam novel itu.
rangkap
pasang
patah
baris
Badan Mak Limah semakin susut kerana sudah seminggu tidak menjamah makanan walaupun ___________ nasi.
sesuap
seketul
selonggok
secubit
Ally tergamam seketika apabila juruacara mempersilakannya untuk menyampaikan _______________ lagu yang berjudul Seri Mersing.
sebiji
sebuah
sebaris
sejambak
Tuan Haji Kasan membeli beberapa _______________ petai di pasar tani semalam.
biji
hiris
buah
papan
________________pengganas komunis telah ditawan oleh angkatan tentera negara.
Sekawan
Sekelompok
Segerombolan
Sepasukan
Kakak membeli dua ______________ roti di Pasar Raya Harmoni.
ketul
buah
buku
keping
Terdapat beberapa ______________ buah kelapa sawit masih belum dipungut di belakang rumah Seha.
rumpun
himpunan
longgok
jambak
Opah Siah mengisar beberapa ______________ daun pandan untuk dimasukkan ke dalam adunan kuih bingka supaya berbau wangi.
helai
pucuk
rumpun
genggam
Semasa berjalan ke tapak semaian itu, Pak Jumaat terkejut kerana benih-benih padinya telah dimakan oleh ___________________ burung.
sekawan
sepasukan
sekumpulan
segerombolan
Hanya ________________ penduduk Desa Siantan yang keluar bergotong-royong untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan itu.
sekawan
segelintir
sepasukan
semua
Adira telah menyewa dua _______________ baju kebaya berlabuci pada hari persandingannya.
helai
sepersalinan
cebis
pasang
Puan Marissa menggoreng beberapa _______________ cempedak untuk minum petang bersama keluarganya.
pangsa
ulas
sebelah
biji
Pak Cik Daud menggunakan _______________ jala untuk menangkap ikan di kawasan paya itu.
sekaki
sebuah
serawan
seutas
Puan Ayu membeli _________________ anggur di pasar malam Taman Seri Kerinau.
segugus
setandan
sejambak
sekuntum
Puan Salmah menggunakan dua ___________ mentega untuk membuat kek hari lahir anaknya.
potong
ketul
buku
bungkus
Dalam eksperimen elektrik statik, beberapa ______________ kertas telah tertarik ke arah pembaris itu.
kajang
helai
cebis
carik
Pekerja restoran itu membawa beberapa ______________ buah tembikai di dalam piring untuk pelanggannya.
biji
potong
kerat
hiris
Emak membuang beberapa _______________ benang yang telah kusut ke dalam tong sampah.
urat
buku
gumpal
lembar
Ayah menggunakan se_________ sabit untuk menebas lalang dan belukar di belakang rumahnya itu.
batang
bilah
buah
biji
Pihak polis telah mengadakan sekatan di beberapa ___________ jalan raya untuk mengesan penjenayah.
batang
buah
pasang
keping
Encik Bukhari memberi beberapa ________________ beras kepada mangsa banjir itu.
bungkus
kampit
karung
guni
Tukang masak itu memasukkan beberapa _________ halia, bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk yang mengandungi minyak yang panas itu.
hiris
kerat
keping
ketul
Kakak memasukkan se___________ garam kasar dan beberapa ________ dau kari ke dalam periuk itu.
jemput ... batang
cubit ... helai
butir ... potong
genggam ... ulas
Mak Kiah mengambil beberapa ______________ daun pandan dan beberapa ___________ serai di tepi rumahnya.
helai ... batang
rumpun ... kaki
ikat ... sepucuk
keping ... ruas
Noriah membeli se___________ poskad dan se________ majalah di kedai buku itu.
keping ... naskhah
pucuk ... gulung
helai ... buah
bungkus ... ikat
Ibu memasukkan beberapa __________ bebola sotong dan ketam ke dalam ________ periuk yang berisi air yang sedang mendidik.
biji ... sebuah
ketul ... setangkai
butir ... sepasang
cucuk ... sebiji
Pak Jamal itu membawa ________ payung dan ________ joran ketika pergi memancing di sungai itu.
sebuah ... seikat
setangkai ... sebiji
sebatang ... sekaki
sekaki ... sebatang
