WorksheetsKATA KERJA BERAWALAN 'TER'
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kereta Toyota Vios yang hilang kawalan itu ______ ke dalam gaung yang curam itu.
terperosok
terbabas
terjunam
tergelincir
Encik Fikri _______ akar pokok ketika berjoging di taman rekreasi.
terhantuk
terkecur
tersadung
tersentuh
Kata-kata yang ________ daripada mulutnya telah menggores perasaan ibunya.
terdetik
terdetus
terdetak
terpacul
Malik ______ apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin di perhimpunan.
terkejur
tersentak
tersedak
tercengang
Ibu berasa teramat sedih apabila melihat abang yang ________ di atas katil selepas pembedahan kaki di wad kecemasan itu.
terlelap
terbaring
terlantar
tertidur
Sofea suka pulang ke kampung untuk melihat sawah padi datuknya yang ________ luas.
terhampar
tertanam
terbungkam
terlentang
Para pelancong mengerumuni kawasan tepi pantai untuk melihat kapal laut yang ________ di situ.
terletak
terbiar
terbantut
tersadai
Afiq jatuh ________ ketika menuruni anak tangga itu dengan perlahan.
tersembam
terjerumus
terjelepok
terperosok
Kaki Mak Kiah ________ ke dalam lubang tandas kerana jatuh tergelincir.
terhantuk
terjerlus
terjunam
terhumban
Selepas menamatkan larian merentas desa sejauh lapan kilometer, Nurin jatuh __________ di hadapan khemah rumah sukannya.
tertiarap
terlentang
terlunjur
tersembam
