wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cuaca dan Iklim

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri umum iklim yang dialami di Malaysia?

a)

Panas dan kering sepanjang tahun

b)

Panas dan lembap sepanjang tahun

c)

Panas dan sejuk sepanjang tahun

d)

Panas selama 6 bulan dan sejuk sederhana selama 6 bulan lagi

2.

Apakah faktor yang menyebabkan taburan hujan di Malaysia tidak sekata?

a)

Bentuk muka bumi

b)

Taburan penduduk

c)

Pinggir laut yang panjang

d)

Pelbagai jenis tumbuhan semula jadi

3.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang hujan perolakan?

a)

Berlaku di kawasan tinggi

b)

Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari

c)

Turun pada lewat yang disertai kilat dan petir

d)

Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana halangan tanah tinggi

4.

Antara yang berikut, yang manakah ciri utama tiupan angin monsun yang bertanda X?

a)

Bermula dari pedalaman Benua Asia

b)

Bertiup dari awal bulan November hingga Mac

c)

Membawa hujan sederhana lebat ke Malaysia

d)

Bertiup merentasi Lautan Hindi sebelum sampai Malaysia

5.

Antara yang berikut, yang manakah kawasan penanaman padi yang utama di Malaysia?

a)

Dataran Kelantan

b)

Lahad Datu (Sabah)

c)

Sri Aman( (Sarawak)

d)

Dataran Kedah-Perlis

6.

Apakah tanaman yang sesuai ditanam berdasrkan faktor berikut?


  • Kawasan : Tanah Tinggi
  • Suhu : 18°C - 21°C
a)

Koko

b)

Strawberi

c)

Rambutan

d)

Padi Sawah

7.

Maklumat berikut menunjukkan aktiviti nelayan semasa musim tengkujuh.


  • Membaiki pukat yang rosak
  • Membaiki bot


Dimanakah nelayan tersebut tinggal ?

a)

Klang

b)

Bachok

c)

Pulau Ketam

d)

Pulau Pangkor

8.

Apakah fenomena yang dapat dikaitkan dengan pernyataan berikut?


Peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi

a)

Jerebu

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Kesan rumah hijau

9.

Apakah punca berlakunya fenomena-fenomena jerebu?

a)

Kawasan hutan yang luas

b)

Debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor

c)

Permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari

d)

Kegiatan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa tanpa had

10.

Antara yang berikut, manakah kesan-kesan El Nino terhadap aktiviti luar dan ekonomi?

a)

Sektor pelancongan terjejas

b)

Banjir besar berlaku di bandar

c)

Kejadian pasang surut semakin kerap

d)

Pengeluaran hasil pertanian terjejas